Skip to main content

Dunia

Situasi Asia Barat tidak berubah selagi bantuan ketenteran AS kepada Israel diteruskan - Penganalisis

[TB]_Palestinians shelter tent camp Gaza City_REUTERS
Situasi kem penempatan semenatara di bandar Gaza. - Gambar fail/Reuters
Advertisement

KUALA LUMPUR: Konflik di Asia Barat akan terus tegang selagi bantuan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) kepada Israel tidak dihentikan.  

Pensyarah Kanan Institut Undang-undang dan Pentadbiran, Taylor's University, Dr. Julia Roknifard berkata, diplomasi tidak akan banyak membantu menghasilkan persetujuan muktamad dalam senario semasa.  

"Saya tidak fikir diplomasi ada peluang (untuk menyelesaikan konflik di Asia Barat) memandangkan dasar luar negeri Israel dipengaruhi oleh politik domestik. Tambahan pula, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan berdepan pilihan raya pada Oktober.  

“Oleh itu, keadaan akan terus kekal seperti sekarang. Walaupun sebarang persetujuan dicapai mengenai nyahsenjata, ia mungkin hanya akan bersifat separa matang. Sehingga bantuan ketenteraan kepada Israel dihentikan, saya tidak fikir banyak perkara akan berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.

Pada 31 Julai lalu, Lembaga Keamanan yang ditubuhkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memperkenalkan pelan damai 15 perkara untuk mencapai keamanan kekal di Gaza.  

Pada Ahad, Netanyahu memberitahu mesyuarat mingguan Kabinet bahawa Israel menolak pelan damai Gaza 15 perkara tersebut, sambil menegaskan bahawa tentera Israel tidak akan berundur sehingga Hamas dilucutkan senjata sepenuhnya.

Beberapa jam selepas kenyataan itu, Hamas menegaskan semula komitmennya terhadap pelan tindakan yang dipersetujui bersama pihak pengantara dan Lembaga Keamanan bagi melengkapkan pelaksanaan fasa kedua pelan.

Must Watch Video

Advertisement