awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal jualan beras: Filipina gantung tugas lebih 130 pegawai

Bernama
Bernama
04/03/2024
15:00 MYT
Skandal jualan beras: Filipina gantung tugas lebih 130 pegawai
Kontroversi tercetus ketika rakyat Filipina bergelut dengan harga beras yang tinggi. - Gambar hiasan
MANILA: Pejabat Ombudsman telah mengarahkan penggantungan sementara ketua Agensi Makanan Kebangsaan (NFA) serta 138 pegawai dan kakitangan lain berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam penjualan stok penimbal beras, menurut Setiausaha Pertanian Filipina, Francisco Tiu Laurel pada Isnin.
Laurel berkata arahan itu akan berkuat kuasa pada Isnin sementara siasatan dijalankan untuk menentukan kebenaran dakwaan berkenaan, lapor Xinhua.
Menurut beliau, siasatan dalaman itu hanya langkah pertama manakala jabatan pertanian akan bertindak berdasarkan hasil siasatan.
Seorang pegawai NFA telah menuduh beberapa eksekutif agensi itu menjual stok penimbal beras tanpa tender dan pada harga yang didakwa merugikan kerajaan.
Eksekutif NFA menafikan sebarang salah laku dengan mendakwa penjualan itu mengikut prosedur.
Kontroversi tercetus ketika rakyat Filipina bergelut dengan harga beras yang tinggi. Filipina terus bergelut untuk menurunkan kos beras walaupun bekalan negara mencukupi.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Filipina
#skandal jualan beras
#gantung tugas pegawai
#Francisco Tiu Laurel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan