awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokong mogok lapar, 900 tahanan Palestin di penjara Israel enggan makan

Bernama
Bernama
06/10/2022
21:15 MYT
Sokong mogok lapar, 900 tahanan Palestin di penjara Israel enggan makan
Terdapat kira-kira 4,650 tahanan Palestin di penjara Israel termasuk sekurang-kurangnya 780 ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan. - Gambar hiasan
RAMALLAH: Beratus-ratus tahanan Palestin di penjara Israel di Tebing Barat yang diduduki, enggan makan pada Khamis sebagai menunjukkan solidariti terhadap 30 tahanan yang mogok lapar, lapor Agensi Anadolu.
Kira-kira 900 warga Palestin mengambil bahagian dalam protes di Penjara Ofer yang terletak berhampiran Ramallah, menurut Persatuan Tahanan Palestin, sebuah NGO tempatan.
Sejak 25 Sept seramai 30 tahanan di Ofer kebanyakannya anggota Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin melakukan mogok lapar sebagai membantah penahanan mereka tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan, tambah laporan itu.
Di bawah dasar penahanan pentadbiran Israel, ia boleh menahan seseorang dalam tahanan tanpa pertuduhan atau perbicaraan selama enam bulan dan boleh dilanjutkan.
Menurut angka Palestin, terdapat kira-kira 4,650 tahanan Palestin di penjara Israel termasuk sekurang-kurangnya 780 ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tahanan Palestin
#mogok lapar
#penjara Israel
#Penjara Ofer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan