awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Sistem ranking universiti, di manakah kita?
MALAYSIA
Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 dikuat kuasa selepas lengkap 10 garis panduan - Fahmi
DUNIA
Australia pertimbang masukkan YouTube dalam larangan media sosial kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

sooka terajui evolusi hiburan digital Malaysia

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
24/06/2025
08:18 MYT
Sponsor Banner
sooka terajui evolusi hiburan digital Malaysia
Pengarah sooka, Chu Young Lee menyambut ulang tahun Sooka yang keempat di Pusat Penyiaran Media Astro, Bukit Jalil. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Aplikasi penstriman hiburan tempatan, sooka, meraikan ulang tahun keempatnya dengan pelbagai pembaharuan teknologi dan ganjaran eksklusif kepada pelanggan sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam hiburan digital Malaysia.
Pengarah sooka, Chu Young Lee, menyifatkan perjalanan empat tahun ini sebagai simbol pencapaian dan aspirasi tempatan yang tinggi.
“Kami telah membina sebuah platform yang meraikan kandungan Asia dan siaran langsung sukan sambil mengadaptasi teknologi penstriman terkini. Komitmen kami adalah untuk menghubungkan rakyat Malaysia melalui hiburan sukan dan Asia yang mudah diakses oleh semua,” katanya.
Tambah beliau, sooka kini merupakan aplikasi OTT yang paling pesat berkembang di Malaysia, mengatasi pesaing serantau dan global berdasarkan data.ai. Ia juga mengekalkan prestasi kukuh sebagai aplikasi sukan nombor satu serta berada dalam lima teratas aplikasi berpendapatan tertinggi di Google Play Store Malaysia.
“Kami telah merekodkan pertumbuhan pelanggan secara konsisten setiap tahun dan berbangga dengan kepercayaan yang diberikan oleh pengguna,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyambut ulang tahun sSooka yang keempat di Pusat Penyiaran Media Astro, Bukit Jalil.
Antara pembaharuan utama termasuk aplikasi versi baharu yang kini dua kali lebih pantas, serta sooka TV Stick yang dinaik taraf dengan sokongan kandungan sukan 4K UHD. Selain itu, sooka memperkenalkan chatbot berasaskan AI, Panduan Program Elektronik (EPG) dan tab navigasi dinamik untuk pengalaman tontonan yang lebih lancar, pantas dan diperibadikan. Fungsi tambahan seperti live pause, zoom-in, dan bayar-ikut-tontonan untuk filem Astro First turut diperkenalkan bagi meningkatkan fleksibiliti pengguna.
Platform ini turut menerima sambutan positif dalam kalangan pengguna dengan penilaian 4.6 bintang di Google Play Store dan 4.2 bintang di App Store, petunjuk jelas terhadap tahap kepuasan yang tinggi.
Sebagai tanda penghargaan sempena ulang tahun keempat, sooka menawarkan pelbagai promosi menarik termasuk akses percuma selama 10 hari dengan kod promo HBDSOOKA, cabutan harian hadiah Smart TV LG 86” dan sooka TV Stick, serta tawaran beli 1 percuma 1 untuk pas tahunan. Langganan pelan Premium enam bulan juga kini didatangkan dengan TV Stick percuma, menjadikan pakej ini antara yang paling bernilai di pasaran.
Melangkah ke tahun kelima, sooka akan mengumumkan kerjasama strategik bersama syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan utama, bermula seawal minggu hadapan. Menurut Chu, inisiatif ini akan memberi nilai tambah yang besar kepada pelanggan bersama dan membuka akses hiburan kepada lebih ramai penonton di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#Astro
#Bukit Jalil
#ulang tahun keempat
#sooka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami