KAPAL angkasa Crew Dragon SpaceX selamat mendarat di bumi selepas berjaya melakukan pendaratan "splashdown" yang pertama dalam 45 tahun.
Angkasawan Nasa Robert Behnken dan Douglas Hurley mendarat di lautan, di persisiran pantai Florida pada jam 2.48 pagi Isnin.
Ia susulan perjalanan selama 19 jam dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Hurley dalam satu ciapan berkata ia merupakan satu penghormatan dan hak istimewa buat mereka untuk terlibat dalam ekspedisi tersebut.
“Terima kasih kepada @Astro_SEAL, Anatoly, & @ivan_mks63 kerana membuatkan penginapan kami satu pengalaman yang luar biasa.
“Kini tiba masanya untuk menyelesaikan ujian penerbangan DM-2 kami untuk membuka jalan kepada Crew Dragon masa depan. Terus berusaha,” katanya di akaun Twitter.
Kejayaan misi anak kapal ini menandakan bermulanya era baharu bagi agensi angkasa Amerika Syarikat (AS).
Kali terakhir pendaratan “splashdown” berlaku adalah ketika mengikuti misi bersama A.S.-Soviet pada tahun 1975 yang dikenali sebagai Apollo-Soyuz.
Kapsul Dragon tersebut dilancarkan ke stesen angkasa pada akhir Mei dengan roket Falcon 9, juga dibekalkan oleh SpaceX.
Kini, ia akan diperbaharui untuk diterbangkan lagi tahun depan.
Isabelle Leong
Sun Aug 02 2020
Angkasawan Nasa Robert Behnken dan Douglas Hurley mendarat di lautan, di persisiran pantai Florida pada sekitar pukul 7.48 petang pada Ahad. - Cory Huston/ NASA via AP
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
SpaceX selamat mendarat di Teluk Mexico selepas kembara dua bulan
Angkasawan Nasa Robert Behnken dan Douglas Hurley mendarat di lautan, di persisiran pantai Florida pada jam 2.48 pagi Isnin.