awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sri Lanka catat rekod ketibaan pelancong asing tertinggi pada 2025

Bernama
Bernama
06/01/2026
10:19 MYT
Sri Lanka catat rekod ketibaan pelancong asing tertinggi pada 2025
Sri Lanka menerima lebih 2.36 juta pelancong asing sepanjang tahun lepas, iaitu jumlah tertinggi pernah direkodkan dalam satu tahun kalendar. - Reuters
COLOMBO: Sri Lanka mencatatkan jumlah ketibaan pelancong asing tertinggi pada 2025, dengan pendapatan pelancongan mencapai rekod tahunan baharu walaupun berdepan gangguan akibat Siklon Ditwah, kata Menteri Luar negara itu dalam taklimat media pada Isnin, lapor Xinhua.
Menteri Hal Ehwal Luar, Pekerjaan Luar Negara dan Pelancongan Vijitha Herath berkata Sri Lanka menerima lebih 2.36 juta pelancong asing sepanjang tahun lepas, iaitu jumlah tertinggi pernah direkodkan dalam satu tahun kalendar.
Pendapatan pelancongan mencecah AS$3.2 bilion pada 2025, sekali gus mengesahkan kedudukan sektor itu sebagai sumber pertukaran asing kedua terbesar negara, kata beliau.
Aliran masuk pelancong kekal kukuh walaupun kesan Siklon Ditwah yang melanda pulau itu pada akhir November.
Menteri itu berkata ketibaan pelancong berterusan selepas bencana berkenaan berikutan langkah sokongan dasar serta aktiviti promosi yang dilaksanakan.
Sri Lanka menetapkan sasaran minimum tiga juta ketibaan pelancong asing pada 2026, mewakili peningkatan kira-kira 27 peratus berbanding paras 2025.
Pihak berkuasa menjangkakan pertumbuhan sektor pelancongan akan menyumbang kepada usaha pemulihan ekonomi, ketika unjuran pertumbuhan keseluruhan bagi 2026 disemak turun kepada 2.9 peratus oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) susulan siklon itu.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#Pelancong asing
#ketibaan pelancong tertinggi
#Siklon Ditwah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan