awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WhatsApp perkenal kawalan ibu bapa melalui akaun sekunder kanak-kanak
Google One Lite kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM3.50 sebulan atau RM35 setahun
Blue Origin TeraWave tawar internet satelit 6 Tbps, atasi Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sri Lanka minta bantuan Saudi atasi krisis ekonomi

Bernama
Bernama
18/09/2022
21:30 MYT
Sri Lanka minta bantuan Saudi atasi krisis ekonomi
Negara dengan 22 juta orang penduduk itu sedang menghubungi banyak negara untuk pelaburan dan dana. - Foto fail/REUTERS
NEW DELHI: Perdana Menteri Sri Lanka Dinesh Gunawardena meminta bantuan Arab Saudi untuk mengatasi krisis kewangan negaranya.
Gunawardena dalam pertemuan dengan duta baharu Saudi Khalid Bin Hamoud Nasser Aldasam Alkahtani pada Sabtu, menerima jaminan Saudi untuk menambah jumlah pekerja Sri Lanka di negara Teluk itu kepada 400,000 berbanding 180,000 pada masa ini, menurut satu kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri.
"Saya suka Sri Lanka dan akan melakukan yang terbaik untuk membantu negara anda," kata kenyataan itu memetik Alkahtani.
Perdana Menteri Sri Lanka meminta Saudi melabur dalam sektor tenaga, perikanan dan pertanian serta membincangkan penyambungan semula penerbangan oleh Saudi Arabian Airlines.
Bergelut dengan krisis ekonomi dan kekurangan bahan api, makanan dan ubat-ubatan, negara dengan 22 juta orang penduduk itu sedang menghubungi banyak negara untuk pelaburan dan dana.
Sri Lanka bulan lalu mencadangkan kepada Arab Saudi untuk menubuhkan kilang penapisan minyak, menurut laporan Berita Arab.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#Arab Saudi
#krisis ekonomi
#melabur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan