DUNIA
Sri Mulyani zahir penghargaan, seru pertahankan demokrasi beradab

Sri Mulyani menyeru rakyat membina Indonesia secara beradab, menolak anarki dan fitnah, serta memohon maaf atas kekurangan sepanjang perkhidmatannya. - Foto Sri Mulyani Indrawati
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati menzahirkan penghargaan atas simpati dan doa rakyat susulan insiden rompakan beramai-ramai yang berlaku di kediaman peribadinya di Bintaro, Tangerang Selatan pada Ahad.
Ringkasan AI
- Sri Mulyani berterima kasih atas sokongan rakyat susulan insiden rompakan di kediamannya, sambil menegaskan komitmen terhadap tugas negara yang penuh cabaran.
- Beliau menekankan pentingnya etika, integriti dan sistem demokrasi beradab, termasuk hak rakyat untuk semakan kehakiman jika undang-undang disalah guna.
- Sri Mulyani menyeru rakyat membina Indonesia secara beradab, menolak anarki dan fitnah, serta memohon maaf atas kekurangan sepanjang perkhidmatannya.
Sri Mulyani turut menegaskan bahawa sistem demokrasi Indonesia memberi ruang kepada rakyat untuk melakukan semakan kehakiman sekiranya hak mereka dilanggar, termasuk membawa perkara ke Mahkamah Agung jika berlaku penyimpangan dalam pelaksanaan undang-undang.
Menurutnya, inilah ciri demokrasi beradab yang perlu dipertahankan dan terus diperbaiki.
“Tugas ini adalah satu penghormatan dan amanah yang luar biasa mulia. Ia menuntut kebijaksanaan, empati dan kepekaan terhadap suara masyarakat,” jelasnya.
Dalam hantaran tersebut, Sri Mulyani turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak - termasuk masyarakat umum, netizen, guru, mahasiswa, media, pengusaha UMKM, koperasi, syarikat besar dan semua pemegang taruh - atas kritikan, nasihat dan sokongan yang diberikan.
Beliau menyeru rakyat untuk terus membina Indonesia secara beradab, bukan melalui anarki, kebencian atau fitnah.
Di penghujung mesej, Sri Mulyani memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai penjawat awam.
“Kami mohon maaf, pasti masih banyak kekurangan. Bismillah, kami akan terus memperbaiki. Semoga Allah SWT memberkahi dan melindungi Indonesia. Jangan pernah lelah mencintai Indonesia,” tulisnya.
Difahamkan, ruangan komen pada hantaran Instagram tersebut telah ditutup.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami