awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

St. James's Park dipilih sebagai tapak memorial Ratu Elizabeth II

Bernama
Bernama
08/09/2024
07:01 MYT
St. James's Park dipilih sebagai tapak memorial Ratu Elizabeth II
Tapak berkenaan dipilih kerana kedudukannya yang berhampiran dengan laluan istiadat The Mall, serta kepentingan sejarah dan perlembagaan selain hubungan peribadinya dengan Ratu Elizabeth. - Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Sebuah memorial rasmi bagi memperingati mendiang Ratu Elizabeth II akan ditempatkan di St. James's Park, London umum Jawatankuasa Memorial Ratu Elizabeth pada Sabtu.
Dalam satu kenyataan jawatankuasa itu memaklumkan bahawa tapak memorial berkenaan akan merangkumi kawasan St. James's Park bersebelahan dengan The Mall di Marlborough Gate dan tanah yang mengelilingi laluan menuju ke tasik, termasuk Blue Bridge.
Menurut jawatankuasa itu, tapak berkenaan dipilih kerana kedudukannya yang berhampiran dengan laluan istiadat The Mall, serta kepentingan sejarah dan perlembagaan selain hubungan peribadinya dengan Ratu Elizabeth.
"Ia terletak berhampiran Istana Buckingham - kediaman rasmi Raja - ibu pejabat Komanwel, dan patung ibu bapanya, Raja George VI serta Permaisuri Elizabeth, Ibu Ratu," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Perdana Menteri Britain Keir Starmer berkata legasi perkhidmatan dan dedikasi Ratu Elizabeth II kepada negara tidak akan dilupakan.
"Memorial negara akan ditempatkan di St. James's Park di tengah-tengah ibu kota, memberikan tempat untuk semua orang menghormati Mendiang Ratu dan menghubungkan mereka dengan sejarah bersama yang kita hargai," menurutnya dalam satu kenyataan.
Jawatankuasa itu - yang ditubuhkan oleh Kerajaan UK dan Royal Household pada 2023 - telah mempertimbangkan pelbagai pilihan lokasi serta berunding dengan orang awam, pihak berkepentingan utama, dan pakar dari empat negara di UK untuk memastikan pandangan mereka diambil kira.
Jawatankuasa itu dijangka mengemukakan cadangan reka bentuk akhir dan program legasi kepada Perdana Menteri dan Raja Charles III pada 2026.
--BERNAMA

Topic Berkaitan
#St James's Park
#memorial rasmi
#Ratu Elizabeth II
#Istana Buckingham
#London
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan