KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia.
Hantaran di Facebook MetMalaysia memaklumkan bahawa antara kawasan yang terlibat ialah Perlis manakala enam lagi di Kedah iaitu daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Sik, Baling dan Bandar Baharu.
Advertisement
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa suhu maksimum harian di kawasan berkenaan dijangka mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
-- BERNAMA