awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stereotaip kaum: Quaker Oats tamatkan jenama 'Aunt Jemima'

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2020
23:55 MYT
Stereotaip kaum: Quaker Oats tamatkan jenama 'Aunt Jemima'
Syarikat berkenaan sedar, asal usul 'Aunt Jemima' adalah berdasarkan kepada satu stereotaip kaum. - Foto Twitter
QUAKER Oats akan menamatkan jenama Aunt Jemima selepas 131 tahun.
Menurut Quaker, anak syarikat PepsiCo, langkah menukar imej dan nama itu adalah sebahagian daripada usaha syarikat ke arah mencapai kesaksamaan kaum.
"Kami sedar asal usul 'Aunt Jemima' adalah berdasarkan kepada satu stereotaip kaum," kata Kristin Kroepfl, naib presiden dan ketua pegawai pemasaran Quaker Foods Amerika Utara dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, jenama baru akan dilancarkan pada suku keempat 2020.
Sementara itu, pengasas Muzium Memorabilia Perkauman Jim Crow, Dr David Pilgrim berkata, ada individu yang melihat imej berkenaan dan terkenangkan zaman mereka membesar.
“Mereka teringat masa yang diluangkan bersama keluarga. Saya bukan hendak meremehkan isu ini, namun ini adalah nostalgia.
“Bagi ramai yang lain termasuk saya, ini adalah imej yang terhasil daripada sejarah perkauman dan penghambaan,” jelasnya pada Rabu.
Menyusuli tindakan berkenaan, Mars yang memiliki jenama beras Uncle Ben's turut menyatakan akan berubah mengikut keperluan semasa.
Menurut laporan The New York Times pada 2007, gelaran pakcik dan makcik adalah panggilan yang diberikan kepada orang gaji kulit hitam kerana orang kulit putih enggan menggunakan gelaran tuan dan puan.
Kematian George Floyd dan beberapa lagi individu kulit hitam di tangan polis telah membuka pelbagai perbincangan tentang jurang antara kulit hitam dan putih di AS.
Topic Berkaitan
#Aunt Jemima
#George Floyd
#hamba
#jenama
#kaum
#kesaksamaan kaum
#kulit hitam
#kulit putih
#mars
#Muzium Jim Crow
#New York
#orang gaji
#perkauman
#polis
#Quaker Oats
#stereotaip
#Uncle Ben's
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan