awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami cekik, tekup muka isteri hamil 8 bulan hingga mati

Sinar Harian
Sinar Harian
13/07/2024
06:00 MYT
Suami cekik, tekup muka isteri hamil 8 bulan hingga mati
Polis sudah menahan pelaku Rahma Rizki, 21, ketika suspek menyembunyikan diri di sebuah kawasan di Kota Solok. - Gambar hiasan
BERMULA dengan pertengkaran mulut, seorang suami hilang pertimbangan apabila tergamak membunuh isterinya yang sedang hamil lapan bulan ketika bergaduh di rumah sewa mereka yang terletak di Kota Solok, Sumatera Barat.
Media tempatan melaporkan, susulan itu polis sudah menahan pelaku Rahma Rizki, 21, ketika suspek menyembunyikan diri di sebuah kawasan di Kota Solok.
"Pelaku bakal didakwa di bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan menurut Perlembagaan Indonesia," kata Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kota Solok, Inspektor Nanang kepada pemberita pada Khamis.
Jelas Nanang, kejadian pembunuhan itu dipercayai berlaku pada 8 Julai lalu.
"Ketika mereka bertengkar, pelaku yang sakit hati mendengar kata-kata isterinya terus mencekik lehernya hingga dia hilang daya dan tenaga.
"Pelaku kemudian menutup muka isterinya dengan bantal sehingga dia meninggal dunia," katanya.
Tambahnya, selepas isterinya meninggal dunia, pelaku kemudian membawa jenazah ke hospital yang kononya untuk mendapatkan rawatan.
"Selepas hospital mengesahkan bahawa isterinya meninggal dunia, pelaku meraung seolah-olah sedih akan kehilangan isterinya.
"Dia kemudian membawa jenazah ke rumah orang tua mangsa di Lubuk Buaya, Kota Padang untuk dikebumikan," katanya.
Dalam pada itu Nanang berkata, kes itu terungkap apabila orang tua mangsa mengesyaki 'sesuatu' apabila melihat jenazah anak mereka terdapat kesan luka dan lebam. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bunuh isteri hamil
#tekup muka
#cekik isteri
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan