awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sudahlah diancam COVID-19, belalang juta kembali menyerang Kenya

Saraya Mia
Saraya Mia
20/01/2021
11:00 MYT
Sudahlah diancam COVID-19, belalang juta kembali menyerang Kenya
Kedatangan kali ini memberi kesan berganda, memandangkan kerugian hasil tanaman ketika serangan serangga itu pada 2019, masih lagi dirasai. - Reuters
KENYA ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila negara itu bukan sahaja terkesan akibat penularan virus COVID-19, ditambah pula dengan musuh yang bukan asing lagi, dan hadirnya dalam jumlah yang berjuta-juta!
Belalang juta yang terus membiak-biak itu kembali 'mengganas' di Kenya dan mengancam hasil tanaman petani yang pendapatan mereka masih lagi terkesan sejak kedatangan serangga itu dua tahun lalu.
“Di Kenya, beberapa kumpulan belalang juta muncul setiap hari dan kemudian bergerak timur, ke kawasan utara dan pertengahan negara.
“Belalang itu kini sudah menyerang tujuh buah negara, berbanding empat pada minggu lalu, sementara beberapa kumpulan masih sedang menunggu matang,” kata Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) kepada Reuters.
Menurut FAO lagi, penularan belalang juta di negara-negara bahagian 'Tanduk Afrika', iaitu Ethiopia, Somalia dan Kenya, udah mencapai tahap bahaya, lapor NPR.
BACA: Serangan belalang juta musnahkan 500 hektar kawasan tanaman di Namibia
BACA: Belalang juta 'serang' bandar satelit India
BACA: Iran terpaksa guna bantuan tentera untuk berdepan ancaman belalang juta
BACA: Belalang juta serang Arab dan Afrika, tanaman penduduk musnah
Kemunculan jutaan belalang yang sering menyerang kawasan pertanian dan memakan hasil tani itu tidak mudah untuk ditangani, walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan para petani untuk menghalau serangga perosak itu.
“Dia (petani) sudah cuba untuk menghalau belalang, dan kami juga membantu, tetapi ia terlalu banyak,” ujar pegawai kanan projek di Perkhidmatan Bantuan Katolik di bandar Marsabit.
BACA: Hadir bagaikan ribut, kota Las Vegas 'ditakluk' jutaan belalang
BACA: Las Vegas diserang jutaan belalang
Topic Berkaitan
#Kenya
#serangga
#belalang juta
#menular
#Nairobi
#serangga perosak
#COVID-19
#petani
#hasil tanaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan