Suasana langit di Gurugram, sebuah bandar satelit di New Delhi, kelihatan suram dan 'menyeramkan' apabila diselubungi kehadiran belalang juta, hingga memaksa pihak berkuasa mengeluarkan arahan menggesa orang ramai menutup tingkap rumah.
Lapangan Terbang Antarabangsa Delhi, yang bersempadan dengan Gurugram turut terjejas, dengan juruterbang diminta mengambil langkah berjaga-jaga semasa berlepas dan mendarat, lapor Reuters.
Ini merupakan kali pertama Gurugram berhadapan situasi berkenaan. Sebelum ini hanya beberapa lokasi di pedalaman di Gujarat dan Rajasthan, yang berdepan situasi sedemikian.
Pengguna laman sosial membanjiri Twitter dengan gambar-gambar belalang berkenaan, dan mengkritik kerajaan serta pihak berkuasa kerana tidak mengambil langkah lebih awal untuk mengelakkan perkara itu.
"Belalang-belalang ini 'tahu' selagi ia tidak sampai ke New Delhi, selagi itu kehadirannya dianggap perkara remeh bagi kebanyakan pihak," kata Devinder Sharma, seorang pakar pertanian, dalam satu tweet.
India menggunakan jentera khas dan kenderaan bomba untuk menyembur racun serangga di sekurang-kurangnya tujuh negeri di utara, tengah dan barat negara tersebut.
Mereka juga membeli sistem semburan untuk dipasang di helikopter sebagai kaedah mengawal belalang juta di beberapa kawasan penanaman utama.
Kehadiran kawanan belalang itu setakat ini tidak menyebabkan kerosakan yang besar kerana tempoh peralihan musim, namun petani bimbang ia akan menjejaskan tanaman mereka pada musim panas nanti.
BACA: Iran terpaksa guna bantuan tentera untuk berdepan ancaman belalang juta
BACA: Belalang juta serang Arab dan Afrika, tanaman penduduk musnah
Agensi
Sat Jun 27 2020
Belalang juta yang penuh mengisi ruang udara di perkampungan Ghurpur di pinggir Allahabad, India pada 26 Jun 2020. - AFP
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Somalia isytihar darurat akibat serangan belalang juta
Somalia mengumumkan pengisytiharan darurat Rabu lalu susulan ancaman belalang juta yang merosakkan banyak tanaman.
Serangan belalang juta musnahkan 500 hektar kawasan tanaman di Namibia
Sekurang-kurangnya 19 kawasan subur di rantau Zambezi yang bersempadan dengan Zambia, Zimbabwe Angola dan Botswana, telah diserang.
Belalang juta 'serang' bandar satelit India
Sebelum ini hanya beberapa lokasi di pedalaman di Gujarat dan Rajasthan, yang berdepan situasi sedemikian.
Iran terpaksa guna bantuan tentera untuk berdepan ancaman belalang juta
Kehadiran serangga yang dalam jumlah luar biasa itu memusnahkan hasil tanaman yang bernilai lebih AS$7 bilion.
Belalang juta serang Arab dan Afrika, tanaman penduduk musnah
Dianggarkan berbilion serangga itu untuk menyerang tanaman yang sepatutnya menjadi sumber pendapatan dan makanan penduduk setempat.