awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sudan setuju buka empat lagi lapangan terbang untuk agensi kemanusiaan

Bernama
Bernama
19/10/2024
20:30 MYT
Sudan setuju buka empat lagi lapangan terbang untuk agensi kemanusiaan
Separuh daripada populasi Sudan atau kira-kira 25 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan dan perlindungan, manakala hampir 18 juta berdepan ketidakjaminan makanan yang teruk. - Foto REUTERS
KHARTOUM: Kerajaan Sudan pada Sabtu bersetuju membuka empat lapangan terbang tambahan untuk agensi kemanusiaan bagi menghantar bantuan ke negara yang dilanda konflik itu, menurut Majlis Berdaulat Peralihan Sudan, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan, majlis berdaulat itu berkata lapangan terbang yang akan dibuka adalah di bandar Kassala, Dongola, El Obeid dan Kadugli.
Dengan langkah ini, "kerajaan Sudan telah memenuhi semua syarat bagi kemasukan dan aliran bantuan kemanusiaan melalui udara, darat dan laut," menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa kini terdapat enam lapangan terbang dan tujuh lintasan darat yang tersedia untuk organisasi antarabangsa.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), separuh daripada populasi Sudan atau kira-kira 25 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan dan perlindungan, manakala hampir 18 juta berdepan ketidakjaminan makanan yang teruk.
Program Makanan Sedunia sebelum ini memberi amaran bahawa Sudan mungkin berdepan krisis kebuluran terburuk di dunia kerana konflik itu sudah memasuki tahun kedua.
Sejak 15 April 2023, Sudan berdepan krisis akibat pertempuran antara angkatan tentera negara itu dan Rapid Response Force (RRF), mengakibatkan kira-kira 20,000 orang maut, ribuan yang lain cedera manakala jutaan penduduknya terpaksa berpindah, menurut anggaran terkini oleh Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sudan
#lapangan terbang
#bantuan kenusiaan
#negara konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan