Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengkritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terutamanya Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atas kegagalan menamatkan konflik dan peperangan yang tidak berkesudahan seperti di Yemen, Syria, Palestin dan Myanmar.
Pengerusi suruhanjaya tersebut Tan Sri Razali Ismail berkata krisis itu telah mengakibatkan jumlah peningkatan luar biasa pelarian mendapatkan perlindungan di Malaysia dan juga di negara-negara lain.
Beliau berkata sempena Hari Pelarian Sedunia, mereka berdiri teguh bersama 68 juta pelarian di seluruh dunia.
"Dalam isu Yemen, atas dasar kemanusiaan, Suhakam merayu kepada kerajaan baharu Malaysia di mana dalam penaksiran kami, kerajaan sebelum ini tidak mempunyai mandat daripada rakyat untuk menamatkan dan membebaskan diri daripada terlibat dalam konflik yang seolah-olah dilakukan dengan kerahsiaan dan tidak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Suhakam juga menyambut baik komitmen kerajaan dalam aku janji pilihan raya terutamanya janji 35 unuk memastikan pelarian diberikan 'hak untuk bekerja' yang mana ia akan mengurangkan keperluan negara terhadap tenaga pekerja asing dan 'mengurangkan risiko penglibatan pelarian dalam kegiatan jenayah dan perniagaan haram' kerana dengan pelaksanaan yang cekap, dalam jangka masa yang panjang ia akan menyediakan rangka kerja dan protokol yang mapan dalam mengurus dan memproses pelarian di Malaysia.
Kerajaan juga dinasihati untuk menyertai Konvensyen 1951 berkaitan Status Pelarian dan pada masa yang sama, semua kerajaan ASEAN juga didorong untuk melakukan perkara yang serupa dalam kelompok semangat dan tanggungjawab bersama di rantau ini.
"Suhakam tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa penyertaan ini akan membuka benteng kepada kemasukan pelarian, mahupun tanggapan bahawa penyediaan hak asasi manusia untuk pelarian seperti pendidikan dan pekerjaan akan mengakibatkan peningkatan jumlah pelarian di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 21 2018
Menurut Razali, krisis itu telah mengakibatkan jumlah peningkatan luar biasa pelarian mendapatkan perlindungan di Malaysia dan juga di negara-negara lain.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
MATRADE perkasa syarikat pertengahan dengan misi penerapan pasaran ke Vietnam
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lima syarikat peringkat pertengahan tempatan (MTC) untuk mengikuti Misi Penyerapan Pasaran ke Vietnam.