awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TimeTec Parking lancar sistem bayaran parkir guna DuitNow QRPay
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
Istana nafi Tengku Ampuan Pahang tawar bantuan wang tunai melalui media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suhu di Britain bakal cecah 40 darjah Celsius, sebahagian besar Eropah dilanda gelombang haba

Astro Awani
Astro Awani
18/07/2022
08:18 MYT
Suhu di Britain bakal cecah 40 darjah Celsius, sebahagian besar Eropah dilanda gelombang haba
Agensi berita Reuters melaporkan, situasi itu memaksa syarikat pengangkutan keretapi terpaksa membatalkan perkhidmatan, manakala pihak berkuasa kesihatan telah meletakkan lebih banyak ambulans dalam keadaan berjaga-jaga.- Gambar fail
LONDON: Britain bakal mencatatkan suhu harian tertinggi pada Isnin, iaitu unjuran mencatatkan suhu mencecah 40 darjah Celsius.
Agensi berita Reuters melaporkan, situasi itu memaksa syarikat pengangkutan keretapi terpaksa membatalkan perkhidmatan, manakala pihak berkuasa kesihatan telah meletakkan lebih banyak ambulans dalam keadaan berjaga-jaga.
Kebanyakan kawasan di Eropah sedang dilanda gelombang haba yang mengakibatkan suhu dalam lingkungan 40 darjah Celsius, diburukkan lagi dengan situasi kebakaran hutan di Portugal, Sepanyol, dan Perancis.
Di Sepanyol, helikopter mencurahkan air ke atas api yang marak, dan keadaan yang berbukit bukau menyukarkan lagi usaha petugas bomba mengawal kebakaran itu.
Lebih 1,000 kematian dicatatkan kerana gelombang haba yang berlanjutan melebihi satu minggu di Portugal dan Sepanyol.
Suhu di Sepanyol dicatatkan melebih 45.7 darjah Celsius.
Di Perancis, kebakaran hutan telah merebak melebihi 11,000 hektar (27,000 ekar) di daerah Gironde, dengan lebih 14,000 penduduk telah dipindahkan.
Kerajaan Perancis telah mengeluarkan amaran peringkat tertinggi, dan menggesa penduduk untuk lebih bersedia terhadap sebarang kemungkinan.
Sementara itu di Portugal, lebih 1,000 anggota bomba bertungkus lumus mengawal 13 kebakaran hutan di tengah dan utara negara itu, dengan kebakaran terbesar di utara bandar Chaves.
Portugal sudah pun bergelut dengan musim kemarau berpanjangan sebelum dilanda gelombang haba itu lagi, dengan 96 peratus kawasan mengalami kemarau ekstrem pada penghujung Jun.
Topic Berkaitan
#gelombang haba
#Britain
#suhu panas
#kemarau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan