awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
Ketua Perbendaharaan AS puji ‘kemenangan besar’ PM Jepun, Sanae Takaichi
Epstein didakwa cuba dekati Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumber Arab Saudi nafi laporan media isu pelesenan alkohol di negara itu

Agensi
Agensi
26/05/2025
12:21 MYT
Sumber Arab Saudi nafi laporan media isu pelesenan alkohol di negara itu
Mengenai peraturan alkohol untuk diplomat bukan Islam, sumber turut menjelaskan bahawa Arab Saudi telah memperkenalkan rangka kerja baharu yang bertujuan menghalang penghantaran barangan itu tanpa kebenaran. - Gambar Facebook Sweetnews Killybegs
Dakwaan beberapa media asing yang bahawa Arab Saudi merancang untuk melesenkan penjualan alkohol mulai 2026, adalah palsu.
Menurut sumber Saudi, dakwaan itu tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa berkaitan dan tidak menggambarkan dasar atau peraturan sedia ada di Arab Saudi.
Memetik laporan Arab News, sumber itu memaklumkan bahawa Arab Saudi, di bawah visinya yang bercita-cita tinggi untuk membangunkan sektor pelancongan, tetap komited untuk menawarkan pengalaman unik dan pendekatan kebudayaan.
Pendekatan itu juga diterima baik oleh pelawat antarabangsa yang datang untuk menerokai warisan negara itu selain dan landskap semula jadi yang pelbagai.
Mengenai peraturan alkohol untuk diplomat bukan Islam, sumber turut menjelaskan bahawa Arab Saudi telah memperkenalkan rangka kerja baharu yang bertujuan menghalang penghantaran barangan itu tanpa kebenaran.
Di bawah langkah baharu itu, kedutaan negara bukan Islam tidak lagi dibenarkan mengimport alkohol dan barangan lain dalam penghantaran diplomatik.
Bagaimanapun, akses terkawal kepada barangan tersebut masih boleh dilakukan di bawah garis panduan kawal selia yang ketat untuk mengelakkan penyalahgunaannya.
Sumber itu juga menyatakan, pertumbuhan ketara sektor pelancongan Arab Saudi pada 2024 yang mengalu-alukan 29.7 juta pelancong antarabangsa, meningkat lapan peratus berbanding 27.4 juta pada 2023.
Selain itu, jumlah perbelanjaan pelancongan domestik dan antarabangsa mencapai SAR283.8 bilion dengan SAR168.5 bilion disumbangkan oleh pelawat asing, membuktikan peranan penting sektor itu dalam menyokong ekonomi negara.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#pelancongan
#warisan negara
#alkohol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan