awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surabaya akan haramkan minuman beralkohol

Bernama
Bernama
15/05/2016
05:46 MYT
Surabaya akan haramkan minuman beralkohol
Indonesia baru-baru ini berdepan dengan beberapa kes serangan seksual berkaitan alkohol terutama dalam kalangan remaja. - Gambar fail
Surabaya akan menjadi wilayah kedua selepas Papua di Republik Indonesia yang mengharamkan aktiviti pengeluaran, pengedaran dan pengambilan minuman beralkohol.
Menurut Jakarta Post, bandar kedua terbesar di Indonesia itu telah meluluskan undang-undang kecil bagi mengharamkan minuman beralkohol dan undang-undang berkenaan akan digubal selepas mendapat pengendorsan daripada Gabenor Surabaya.
Akhbar berkenaan memetik Speaker Majlis Perundangan Surabaya, Armuji, sebagai berkata, di bawah undang-undang kecil itu, hukuman terhadap pesalah termasuklah amaran bersurat, denda pentadbiran, penutupan sementara perniagaan, pembatalan lesen perniagaan dan menutup perniagaan.
"Pesalah juga akan dikenakan hukuman penjara tiga bulan atau denda tidak lebih daripada Rp50 juta (kira-kira RM15,000).
"Undang-undang kecil itu meliputi sebarang jenis minuman beralkohol yang mempunyai kandungan lebih 10 peratus alkohol, termasuk minuman tradisional dan minuman keras bercampur," katanya.
Indonesia baru-baru ini berdepan dengan beberapa kes serangan seksual berkaitan alkohol terutama dalam kalangan remaja.
Kerajaan Tempatan Papua telah mengharamkan minuman alkohol di wilayah berkuat kuasa Mac lepas.
Menurut data Polis Papua, 86 orang terbunuh, 264 cedera dan 839 cedera ringan sejak 2013 dalam kes berkaitan alkohol.
Topic Berkaitan
#jakarta post
#pengedaran dan pengambilan minuman beralkohol
#Surabaya akan menjadi wilayah kedua selepas Papua di Republik Indonesia yang mengharamkan aktiviti pengeluaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan