awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Anugerah Madani Agro Excellence iktiraf pengusaha industri pertanian, makanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek ditahan selepas tekan butang 'like' di laman Facebook orang diburu

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
30/04/2015
06:52 MYT
Suspek ditahan selepas tekan butang 'like' di laman Facebook orang diburu
Seorang suspek lelaki yang didakwa mencuri dan melakukan pemalsuan telah ditangkap di Montana selepas menekan butang 'like'.
Seorang suspek lelaki yang didakwa mencuri dan melakukan jenayah pemalsuan telah ditangkap pihak berkuasa Montana, Amerika Syarikat selepas tertekan butang ‘like’ pada muat naik mengenai dirinya sendiri di Facebook.
Tertuduh, Levi Charles Reardon, 23, yang dipaparkan sebagai suspek paling dihendaki di laman Facebook Cascade County Crime Stoppers dilaporkan mencari padah sendiri dengan menekan butang ‘like’ pada poster gambarnya di akaun Facebook itu.
Reardon kemudian dihadapkan di Mahkamah pada hari Isnin selepas ditangkap pada malam Jumaat. Setakat ini, Reardon tidak mengfailkan sebarang notis rayuan dan tarikh pendakwaan masih belum ditetapkan.
Menurut laporan akhbar Great Falls Tribune, waran tangkap terhadap Reardon dikeluarkan berkaitan kes pemalsuan dan kecurian.
Manakala, menurut rekod Mahkamah, Reardon adalah suspek yang terlibat dalam kes kecurian dompet serta kes pemalsuan cek peribadi pada Januari lepas.
Menurut laporan polis, empat kes pemalsuan cek difailkan terhadap Readon yang didakwa mengeluarkan wang dengan menggunakan cek yang hilang. Sebelum ini, Readon juga pernah disoal siasat atas pemalsuan cek peribadi.
Bagaimanapun, pegawai penyiasat tidak mendedahkan bagaimana dan dimana mereka menahan Reardon pada Jumaat lepas.
Great Falls Picture
Great Falls Picture
Foto Facebook Cascade County Crime Stoppers
Topic Berkaitan
#Facebook
#Levi Charles Reardon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan