awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesara rugi lebih RM100,000 diperdaya 'scammer'
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS tetapi tinggi berbanding mata wang utama
Sah! BTS jelajah ke KL, bakal pukau 200,000 ARMY
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek serangan kereta api bawah tanah New York ditangkap

Bernama
Bernama
14/04/2022
03:45 MYT
Suspek serangan kereta api bawah tanah New York ditangkap
James, 62, disyaki melepaskan bom tangan asap dan sekurang-kurangnya 33 tembakan pistol di dalam kereta api bawah tanah pada waktu puncak pagi Selasa. - Foto REUTERS
NEW YORK: Lelaki yang disyaki menembak 10 penumpang dalam kereta api bawah tanah di Brooklyn, New York, ditahan pada Rabu selepas pemburuan selama 30 jam, lapor Xinhua, memetik pihak berkuasa.
Suspek, Frank James, ditahan pada petang Rabu di Manhattan selepas polis menerima maklumat, kata Pesuruhjaya Polis New York City Keechant Sewell dalam satu sidang akhbar.
James, 62, disyaki melepaskan bom tangan asap dan sekurang-kurangnya 33 tembakan pistol di dalam kereta api bawah tanah pada waktu puncak pagi Selasa, kata polis.
Serangan itu menyebabkan lebih 20 orang cedera, 10 daripadanya akibat tembakan, bagaimanapun, tiada kecederaan yang mengancam nyawa dilaporkan.
James didakwa kerana melanggar larangan persekutuan bagi "serangan pengganas dan keganasan lain terhadap sistem pengangkutan awam," kata Peguam AS untuk Daerah Timur New York Breon Peace, pada sidang akhbar itu, dan menambah kata "jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga seumur hidup."
Global | 10 cedera dalam insiden tembakan rambang
James mempunyai rekod sembilan tangkapan sebelum ini di New York dan tiga tangkapan di New Jersey, menurut pihak berkuasa.
Pihak berkuasa mengenal pasti James sebagai orang yang dikehendaki pada malam Selasa. Motif serangan masih tidak jelas, dan siasatan lanjut diteruskan.
Serangan berlaku ketika bandar itu sedang bergelut untuk menangani insiden tembakan yang meningkat sebanyak 16.2 peratus kepada 115 pada Mac berbanding setahun lalu, menurut data daripada Jabatan Polis New York.
--BERNAMA
TAG: Bandaraya New York, tembakan, insiden, suspek, ditangkap
Topic Berkaitan
#New York
#keretapi bawah tanah
#subway
#Frank James
#tembkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan