Skip to main content

Dunia

Suspek tembakan di Rumah Putih didakwa atas cubaan membunuh Trump

Law enforcement personnel detain Cole Tomas Allen, a suspect in the shooting incident at the White House Correspondents' Association dinner, in Washington, D.C., U.S. April 25, 2026. DONALD J TRUMP via Truth Social/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. MANDATORY CREDIT. REFILE - ADDING NAME OF THE SUSPECTED SHOOTER VERIFICATION: Reuters was able to verify the location from flooring and windows that match corroborating footage. Date confirmed from the government statement of the
Allen ditahan pada Sabtu selepas cuba melepasi pusat pemeriksaan Perkhidmatan Rahsia di Hotel Hilton Washington, di mana majlis makan malam tahunan itu diadakan. - Gambar fail/Reuters

ISTANBUL: Cole Tomas Allen, suspek tembakan di luar Majlis Makan Malam Wartawan Rumah Putih pada Sabtu, dihadapkan pada Isnin di Mahkamah Persekutuan atas pelbagai tuduhan termasuk cubaan membunuh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.

Tuduhan lain termasuk mengangkut senjata api dan peluru merentasi sempadan negeri dan melepaskan tembakan senjata api ketika jenayah keganasan, lapor Politico.

Advertisement

Cubaan membunuh presiden AS membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Allen akan terus ditahan sementara menunggu perbicaraan berhubung tempoh masa penahanan lebih lama yang dijadualkan pada Khamis.

Lelaki California berusia 31 tahun itu ditahan pada Sabtu selepas cuba melepasi pusat pemeriksaan Perkhidmatan Rahsia di Hotel Hilton Washington, di mana majlis makan malam tahunan itu diadakan.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video