awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
Harimau Malaya di ambang kepupusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suu Kyi didakwa terima wang haram RM2.5 juta, 11kg emas

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2021
23:30 MYT
Suu Kyi didakwa terima wang haram RM2.5 juta, 11kg emas
Sebelum ini Suu Kyi berdepan empat pertuduhan termasuk melanggar undang-undang bencana alam dan berkongsi maklumat yang mencetuskan ketakutan pada orang ramai. - REUTERS
YANGON: Pemerintah junta tentera Myanmar pada Khamis menuduh Aung San Suu Kyi menerima wang haram berjumlah AS$600,000 (RM2.5 juta) dan 11 kilogram (kg) emas di bawah tuduhan baharu dilemparkan Tatmadaw selepas lebih sebulan beliau ditahan.
"Kami mendapat maklumat tentang perkara itu. Suruhanjaya Antirasuah kini sedang melancarkan siasatan," kata jurucakap pemerintah junta tentera, Zaw Min Tun.
Sebelum ini, penerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1991 itu telah berdepan empat pertuduhan termasuk melanggar undang-undang bencana alam dan berkongsi maklumat yang mencetuskan ketakutan pada orang ramai.
Dalam perkembangan berkaitan, seramai sembilan lagi penunjuk perasaan maut ditembak di bawah tindakan kekerasan oleh pasukan keselamatan yang semakin berleluasa, sekali gus menjadikan angka korban kini mencecah lebih 60 orang dan kira-kira 2,000 ditahan.
Sementara itu, laporan pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International mendakwa pasukan keselamatan di Myanmar menggunakan ‘senjata di medan perang’ ke atas penunjuk perasaan tidak bersenjata dan melakukan pembunuhan yang dirancang.
Laporan tentang kekejaman itu didedahkan Amnesty berdasarkan analisis terhadap 55 rakaman video di beberapa bandar termasuk Mandalay dan Yangon bertarikh 28 Februari hingga 8 Mac lalu.
“Ia bukan lagi taktik baharu, namun pembunuhan ke atas penunjuk perasaan itu dilakukan di tempat terbuka secara terang-terangan. Ia jelas tindakan jenayah kemanusiaan,” ujar Pengarah Tindak Balas Krisis badan itu, Joanne Mariner.
Amnesty turut menyelar penggunaan senjata api yang tidak sesuai digunakan ke atas peserta protes termasuk senapang ringan, senapang penembak tepat dan senapang separa automatik.
“Senjata digunakan Tatmadaw menunjukkan taktik berbahaya dan disengajakan. Krisis di Myanmar sudah semakin buruk,” tegasnya lagi.
Susulan tindakan kekerasan yang semakin berleluasa, Amnesty menggesa Majlis Keselamatan PBB supaya campur tangan untuk bertindak tegas terhadap Tatmadaw.
Topic Berkaitan
#Aung San Suu Kyi
#Junta
#Myanmaar
#Rasuah
#wang haram
#emas
#Zaw Min Tun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan