awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suu Kyi menang kerusi Parlimen Kawhmu

Agensi
Agensi
11/11/2015
05:30 MYT
Suu Kyi menang kerusi Parlimen Kawhmu
Keputusan semasa menunjukkan bahawa parti pembangkang pimpinan Suu Kyi menang besar, mengalahkan parti pemerintah yang disokong tentera. - Foto AP / Mark Baker
Badan rasmi pilihan raya Myanmar hari ini mengumumkan, pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Aung San Suu Kyi memenangi kerusi yang ditandingnya di Kawhmu, Yangon dengan meraih 54,676 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar juga mengumumkan pada Rabu, bahawa seramai 61 calon memenang kerusi Dewan Rakyat yang ditandingi mereka, di mana 56 daripadanya dimenangi NLD.
Tiga hari selepas pilihan raya bersejarah di Myanmar diadakan, namun keputusan penuh belum dapat diumumkan.
Bagaimanapun, keputusan semasa menunjukkan bahawa parti pembangkang pimpinan Suu Kyi menang besar, mengalahkan parti pemerintah yang disokong tentera.
Sejumlah 30 juta warga Myanmar menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya umum negara itu pada Ahad, satu proses yang disifatkan langkah signifikan ke arah demokrasi.
Pilihan raya ini adalah pilihan raya terbuka yang pertama dalam tempoh 25 tahun, selepas pemerintahan junta sejak berdekad lamanya.
Parti pemerintah, Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan (USDP) yang ditunjangi junta, antara parti utama yang bertanding, selain NLD.
Pilihan raya menyaksikan lebih 6,000 calon daripada 90 parti bertanding merebut 664 kerusi parlimen.
25 peratus daripada kerusi berkenaan bagaimanapun dikhususkan kepada wakil junta.
[ALBUM] Suasana sekitar pilihan raya umum Myanmar
Topic Berkaitan
#Aung San Suu Kyi
#Kawhmu
#Myanmar
#NLD
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan