DUNIA
SUV rempuh restoran, dua pempengaruh makanan nyaris maut

Dua pempengarauh yang sedang membuat rakaman video nyaris maut apabila SUV merempuh restoran berkenaan. - Gambar/ Media sosial
DUA pempengaruh media sosial nyaris maut setelah berdepan pengalaman ngeri apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (SUV) merempuh restoran ketika mereka sedang membuat rakaman.
Ringkasan AI
- Dua pempengaruh makanan, Nina Santiago (NinaUnrated) dan Patrick Blackwood, nyaris maut apabila sebuah SUV merempuh restoran ketika mereka sedang merakam sesi merasa makanan. Kejadian menyebabkan meja terbalik dan kaca berterbangan.
- Rakaman video menunjukkan SUV merempuh masuk secara tiba-tiba melalui dinding kaca restoran. Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan termasuk luka di wajah, tangan dan dada, dengan Patrick memerlukan tujuh jahitan.
- Punca kemalangan masih belum dikenal pasti. Nina dan Patrick menyifatkan pengalaman itu sebagai titik perubahan hidup, menyeru agar menghargai masa kini dan orang sekeliling.
Kejadian itu menyebabkan meja mereka terbalik dan kaca berterbangan.
Nina terjatuh ke lantai manakala Patrick hampir menghempapnya ketika cuba menyelamatkan diri dari bangku yang mereka duduk.
Punca kemalangan masih belum dikenal pasti namun Nina memaklumkan bahawa kenderaan itu 'merempuh mereka secara langsung'.
“Saya sangat bersyukur masih hidup selepas SUV merempuh dinding kaca di Cuvee Culinary Creations di Houston, Texas ketika saya dan Patrick Blackwood sedang merakam rancangan makanan. Segala-galanya pecah berderai,” tulis Nina di Instagram pada 18 Ogos sambil berkongsi gambar luka pada pergelangan tangan dan wajahnya.
Beliau menambah, kenderaan itu datang 'secara tiba-tiba, tetapi kami terselamat'.
Katanya lagi, pengalaman tersebut telah mengubah pandangan hidupnya.
“Perkara ini menyedarkan saya siapa yang benar-benar penting, hidup terlalu singkat untuk menyimpan dendam atau kemarahan.
"Belajar melepaskan, memaafkan, hargai masa kini dan sayangi orang sekeliling kerana ini mungkin makanan terakhir kami," katanya.
Sementara itu, Patrick turut berkongsi gambar kecederaan dialaminya termasuk luka berdarah di pipi, telinga, dada dan tangan.
“Bersyukur masih diberi peluang melihat hari esok. Luka kecil memberi saya tujuan besar dalam hidup,” tulisnya di Instagram dengan menunjukkan salah satu kecederaan yang memerlukan tujuh jahitan.
“Beranilah hidup, cintai sedalamnya dan hargai setiap detik,” katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami