ELON Musk sedia menubuhkan syarikat memfokuskan kecerdasan buatan tersendiri, dinamakan xAI.

Produk pertama di bawahnya dinamakan Grok telah pun diintegrasikan bersama X (dulu dikenali sebagai Twitter), sekali gus membolehkan pengguna bertanyakan pelbagai persoalan dan mendapatkan maklum balas pantas terus melaluinya.

Salah satu kelebihan Grok juga adalah ia dilatih menggunakan data masa-nyata dari X, sekali gus membolehkan pengguna mendapatkan input berasaskan konteks masa-nyata.

Terbaru, ia dilaporkan Elon Musk telah berjaya mendapatkan komitmen pelaburan sebanyak AS$500 juta, dan dalam usaha untuk mencapai suntikan dana pelaburan awal AS$1 bilion.

Secara kasarnya, syarikat xAI berkenaan sendiri dinilaikan antara AS$15 bilion ke AS$20 bilion.

Ia agak menarik untuk melihat nilai xAI ini meningkat mendadak – dan tidak mustahil mengatasi nilai X sendiri pada suatu hari. Sebelum ini, X telah dinilaikan sekitar AS$13 bilion oleh salah seorang pelabur. - Amanz