awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat Kanada jual udara segar dalam botol di China

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
16/12/2015
09:25 MYT
Syarikat Kanada jual udara segar dalam botol di China
Produk Vitality Air, udara segar yang dibotol, kini laris di China yang berhadapan dengan pencemaran udara kronik. - Gambar fail
TAHUN lalu, dua sahabat cuba berjenaka di laman dagang elektronik e-Bay.
Moses Lam dan Troy Paquette memasukkan udara dalam sebuah pek dan menjualnya pada harga beberapa sen.
Setahun kemudian, Lam dan Paquette melalui syarikat mereka Vitality Air sedang gigih memenuhi permintaan rakyat China yang membeli produk mereka: udara segar dari Banjaran Rocky yang dibotolkan.
Botol udara berkapasiti 7.7 liter misalnya dijual pada harga 100 yuan (RM67). Harga ini 50 kali lebih mahal berbanding sebotol air mineral di China.
Need a #uniquegift or a #stockingstuffer ?
A photo posted by Vitality Air Inc (@vitalityair) on
Dec 10, 2015 at 4:51pm PST
“Penghantaran 500 botol pertama kami habis dijual dalam masa empat hari,” ujar Lam dalam temubual telefon bersama The Telegraph.
Kebanyakan pelanggan syarikat yang bertapak di Edmonton itu datang dari timur laut dan selatan China, yang sudah biasa menerima amaran pencemaran.
China kini berhadapan dengan pencemaran udara yang kritikal. Selasa lalu, agensi berita Xinhua mengemaskini akaun Twitter dengan memaparkan gambar bandar Shanghai yang hampir lenyap ditelan jerebu.
Heavy #smog hit China, again! This time in Shanghai as PM 2.5 hit over 300 Tuesday morning pic.twitter.com/URZVy7rrLN
— China Xinhua News (@XHNews) December 15, 2015
BACA: Restoran caj pelanggan untuk bernafas
Menurut Harrison Wang, wakil Vitality Air di China, kebanyakan pembeli merupakan golongan wanita berpendapatan tinggi yang membeli bekalan udara segar kepada keluarga atau menjadikannya sebagai hadiah.
“Di China, udara segar merupakan satu kemewahan,” ujar Wang.
Topic Berkaitan
#China
#pencemaran udara
#Vitality Air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan