DUNIA
Syarikat Sepanyol hasilkan patung bayi realistik, bergerak dan 'bernafas'

Sebuah pameran perdagangan di Bilbao, Sepanyol mempamerkan patung 'Reborn Babies'- patung yang berkelihatan, bergerak dan berasa hampir sama seperti bayi yang baru lahir.
PERNAHKAH anda membayangkan memiliki anak patung atau boneka yang benar-benar menyerupai bayi?
Baru-baru ini, sebuah pameran perdagangan di Bilbao, Sepanyol memperkenalkan patung 'Reborn Babies'- boneka yang bukan saja menyamai rupa, malah memiliki mekanisme pergerakan dan tekstur fizikal sama seperti bayi yang baru lahir.
Ia dihasilkan oleh syarikat Babyclon, salah sebuah syarikat kecil yang memenuhi permintaan kelompok budaya tertentu yang menghargai anak patung realistik.

Selain patung bayi manusia, syarikat itu juga menghasilkan bayi yang seolah-olah dari spesies makhluk asing. - Reuters
Anak patung silikon yang berciri asas berharga hampir 600 euro (RM2,860), manakala model yang lebih 'mewah' dilengkapi motor untuk menjadikannya bergerak seperti sedang bernafas atau menghisap puting susu berharga hampir 5,000 euro (RM23,870).
Selain patung bayi manusia dan patung bayi mahluk seperti makhluk biru dari filem Avatar, syarikat itu turut menghasikan beberapa karakter lain seperti ikan duyung kecil dan bayi cimpanzi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami