Skip to main content

Dunia

GoRental perkukuh akses elektrik luar grid ketika cabaran tenaga global meningkat

GoRental_GoRental
Penduduk Kampung Huay Nam Rin bersama GoRental Global dan pengamal media bergambar ketika pelancaran inisiatif #GoImpact di Chiang Mai, menandakan permulaan akses elektrik lebih stabil untuk komuniti luar grid. - Gambar GoRental

TERLETAK kira-kira 45 kilometer dari bandar Chiang Mai, Kampung Huay Nam Rin merupakan sebuah perkampungan pertanian kecil di kawasan pergunungan yang sekian lama berdepan akses bekalan elektrik yang tidak stabil. Walaupun tidak terlalu jauh dari pusat bandar, kedudukan geografinya yang terpencil menyukarkan sambungan grid elektrik, memaksa penduduk bergantung kepada generator diesel yang hanya mampu beroperasi beberapa jam sehari.

Pada 31 Mac lalu, keadaan mula berubah selepas pelaksanaan sistem mikrogrid berasaskan tenaga solar dan bateri oleh GoRental Global, sebuah syarikat penyelesaian tenaga bersih yang berpangkalan di Singapura. Inisiatif #GoImpact ini dilaksanakan ketika kos tenaga global terus meningkat susulan konflik di Asia Barat, yang memberi kesan langsung terhadap harga diesel serta keselamatan bekalan tenaga.

Advertisement

Bagi projek di Kampung Huay Nam Rin, GoRental telah mengerahkan 31 unit storan bateri mudah alih dan 60 panel solar, membentuk sistem mikrogrid berskala komuniti. Sistem ini menyediakan kapasiti keseluruhan sekitar 40 kilowatt (kW) tenaga boleh diperbaharui, termasuk 8kW kapasiti solar, dengan tenaga dijana pada waktu siang dan disimpan untuk kegunaan malam, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.

Image
GoRental_GoRental

Sebelum ini, ketiadaan elektrik membentuk hampir seluruh corak kehidupan di Kampung Huay Nam Rin. Kanak-kanak berdepan kesukaran menyiapkan kerja sekolah pada waktu malam kerana pencahayaan terhad, penduduk memasak menggunakan kayu api, manakala aktiviti pertanian khususnya penanaman bunga kekwa, sangat bergantung kepada diesel untuk operasi waktu malam. Kekangan ini bukan sahaja mengehadkan produktiviti, malah menjejaskan keselamatan, keselesaan dan keterhubungan kampung dengan dunia luar.

Ketua kampung, Kriangkrai Suya berkata, ketiadaan elektrik sebelum ini memberi kesan besar kepada kehidupan seharian penduduk, terutamanya golongan kanak-kanak.

“Sebelum ini, kanak-kanak di kampung ini tidak boleh menyiapkan kerja sekolah pada waktu malam kerana tiada elektrik.

“Kehidupan memang sangat sukar apabila semuanya bergantung ketika waktu gelap,” katanya.

Image
INSERT_GoRental hiang Mai 1.jpg

Menurut pengasas dan pengarah urusan GoRental Global, Colin Peh, akses kepada tenaga bersih membawa perubahan yang melangkaui aspek teknikal semata-mata.

“Elektrik yang boleh dipercayai bukan sekadar menerangi rumah pada waktu malam. Ia mempengaruhi cara keluarga hidup, cara anak-anak belajar dan sama ada sesebuah komuniti masih melihat masa depan untuk dirinya,” katanya.

Pelaksanaan di Kampung Huay Nam Rin menjadi contoh praktikal bagaimana penyelesaian tenaga berskala kecil, mudah alih dan boleh dikembangkan mampu membina daya tahan tenaga di kawasan yang sukar dicapai oleh infrastruktur tradisional. Akses kepada elektrik kini membolehkan penduduk bekerja lebih lama, bergerak dengan lebih selamat pada waktu malam serta berinteraksi sebagai komuniti, sekali gus mengukuhkan hubungan sosial dan ekonomi luar bandar.

Image
GoRental_GoRental

Selain Thailand, GoRental memposisikan Malaysia sebagai pasaran utama bagi pengembangan serantau, dengan syarikat itu merancang untuk melancarkan Malaysia Experience Store di Johor pada Jun 2026. Langkah ini bertujuan memperkenalkan penyelesaian tenaga bersih untuk pasaran tempatan, selain membuka ruang kerjasama dengan komuniti luar grid dan organisasi berkaitan untuk pelaksanaan projek tenaga berdaya tahan.

Di tengah ketidaktentuan pasaran tenaga global, kisah Kampung Huay Nam Rin menunjukkan bagaimana penyelesaian tenaga bersih berskala kecil mampu memberi impak besar, bukan sekadar menerangi rumah, tetapi turut menghidupkan semula harapan dan menjamin kelangsungan hidup komuniti yang sekian lama terpinggir.

GoRental ialah syarikat penyelesaian tenaga bersih yang memberi tumpuan kepada penyediaan sistem tenaga yang lebih pintar, hijau dan berdaya tahan untuk perniagaan, projek dan komuniti. Syarikat ini menyediakan bekalan kuasa mudah alih berkapasiti tinggi untuk acara, pemasangan sementara dan operasi kritikal, memastikan kesinambungan operasi walaupun di lokasi dengan akses grid yang terhad atau tidak stabil. 

Di luar penyelesaian tenaga sementara, GoRental turut menyokong daya tahan tenaga jangka panjang melalui sistem storan tenaga dan penyelesaian bersepadu yang membantu mengurangkan kebergantungan kepada infrastruktur tradisional sambil meningkatkan kebolehpercayaan operasi.
 

Must Watch Video