awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat Taiwan Gold Apollo nafi penglibatan dalam letupan alat kelui di Lubnan

Bernama
Bernama
18/09/2024
10:52 MYT
Syarikat Taiwan Gold Apollo nafi penglibatan dalam letupan alat kelui di Lubnan
Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan bahawa letupan alat kelui itu mengorbankan 11 orang dan lebih 4,000 orang cedera. - Foto Reuters
BEIJING: Gold Apollo, pengeluar alat kelui atau 'pager' dari Taiwan, menafikan bertanggungjawab terhadap letupan pager yang berlaku di Lubnan baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hsu Chin-Kuang menjelaskan bahawa peranti berkenaan dihasilkan oleh syarikat Eropah dan tiada kaitan dengan produk Gold Apollo, lapor Sputnik.
Media Barat sebelum ini melaporkan bahawa agensi perisikan Israel, Mossad menanam sejumlah kecil bahan letupan dalam 5,000 alat kelui yang ditempah daripada Gold Apollo oleh pergerakan Hizbullah di Lubnan.
"Alat kelui itu dibangunkan dan dihasilkan di luar negara, jadi tiada kaitan dengan Taiwan," kata Hsu seperti yang dipetik oleh portal berita Taiwan, CTWANT.
Beliau juga menjelaskan bahawa kira-kira tiga tahun lalu, Gold Apollo menandatangani perjanjian kerjasama dengan sebuah syarikat Eropah, yang pada mulanya hanya terlibat dalam pengedaran produk Gold Apollo.
Namun, syarikat itu mula membangunkan peranti yang terlibat dalam letupan itu secara bebas.
Pada Selasa, beberapa insiden letupan alat kelui dilaporkan di pelbagai kawasan di Lubnan. Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan bahawa letupan itu mengorbankan 11 orang dan lebih 4,000 orang cedera.
Media melaporkan bahawa alat kelui sering digunakan oleh anggota Hizbullah sebagai sistem komunikasi rahsia yang kurang terdedah kepada penggodaman.
Punca letupan masih belum diketahui, namun pihak berkuasa Lubnan menuduh Israel bertanggungjawab atas insiden terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengeluar alat kelui
#Gold Apollo
#pager meletup
#lubnan
#syarikat Taiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan