DUNIA
Sydney diselubungi asap tebal

Beberapa mercu tanda di Sydney dilaporkan tidak kelihatan dengan beberapa bacaan di bandar itu mencecah tahap tidak sihat pada Selasa, 19 Nov, 2019. - REUTERS
SUSULAN kebakaran hutan yang melanda Australia, asap tebal kini menyelubungi Sydney pada Selasa.
Sehubungan itu, pakar kesihatan menasihati orang ramai agar tidak keluar meninggalkan kediaman mereka atas risiko kesihatan.
Beberapa mercu tanda di Sydney dilaporkan tidak kelihatan dengan beberapa bacaan kualiti udara di bandar raya itu mencecah tahap tidak sihat.
Pesuruhjaya bomba negeri Shane Fitzsimmons berkata, anggota bomba berdepan dengan cabaran suhu yang tinggi dan keadaan angin yang bertiup kencang.
Sementara itu, di New South Wales, kebakaran dilaporkan masih berlaku di 48 lokasi titik panas.
Lebih 1,400 anggota bomba sedang bertungkus lemas memadamkan kebakaran yang setakat ini memusnahkan lebih 577 kediaman dan mengorbankan empat nyawa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami