awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak cukup kemasukan pelawat asing, Thailand lanjut tempoh visa

Agensi
Agensi
11/12/2020
12:38 MYT
Tak cukup kemasukan pelawat asing, Thailand lanjut tempoh visa
Thailand sedang berusaha merangsang sektor pelancongannya yang terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19. - Gambar fail
BANGKOK:Kabinet Thailand minggu ini meluluskan pelan untuk memperkenalkan visa khas pelancong tinggal lebih lama (STV) kepada pelawat asing dari seluruh dunia.
Pelan itu berbeza dengan arahan sebelum ini yang hanya membenarkan kemasukan golongan dengan risiko rendah positif COVID-19.
Jurucakap kerajaan, Ratchada Dhnadirek berkata keputusan itu dilakukan susulan undang-undang STV sebelum ini tidak membawa masuk pelawat seperti yang dijangkakan, lapor Bangkok Post.
Thailand sedang berusaha merangsang sektor pelancongannya yang terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19.
Sebelum ini, STV telah menarik kemasukan 825 pelawat dari 29 negara, serta enam kapal layar sejak permulaan STV diperkenalkan pada hujung Oktober lalu.
Dalam pada itu, Kabinet yang dipimpin Prayut Chan-o-cha turut membenarkan tempoh 30 hari bagi pelawat yang memasuki negara itu melalui kapal layar untuk memohon visa selepas pelan STV berkuat kuasa kelak.
Bagaimanapun, tambah Ratchada, pelancong asing itu diwajibkan memberi butiran yang jelas tentang lokasi tempat tinggal di Thailand, selain menjalani kuarantin wajib selama 14 hari bagi memastikan penularan COVID-19 mampu dikawal.
STV yang diperkenalkan sebelum ini sah selama 90 hari dan boleh diperbaharui sebanyak dua kali.
Setakat Jumaat, Thailand merekodkan 4,180 kes kumulatif positif dan 60 kes kematian disebabkan COVID-19.
Topic Berkaitan
#Thailand
#Visa
#COVID-19
#Ratchada Dhnadirek
#kabinet
#pelancong
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan