awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taliban Afghanistan umum Mullah Akhtar Mansour sebagai pemimpin baru

Agensi
Agensi
31/07/2015
06:11 MYT
Taliban Afghanistan umum Mullah Akhtar Mansour sebagai pemimpin baru
Pengumuman itu dibuat sehari selepas pemberontak mengesahkan kematian pemimpin mereka Mullah Omar yang mengetuai kumpulan kira-kira 20 tahun. - Foto AFP
Taliban melantik Mullah Akhtar Mansour sebagai pemimpin baru mereka menandakan peralihan kuasa bersejarah bagi gerakan militan itu yang telah melancarkan pemberontakan selama 14 tahun di Afghanistan.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Taliban juga mengumumkan timbalannya - Sirajuddin Haqqani, ketua rangkaian Haqqani Taliban Bersekutu dan Haibatullah Akhundzada, bekas Ketua Mahkamah Taliban.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas pemberontak mengesahkan kematian pemimpin mereka Mullah Omar yang mengetuai kumpulan kira-kira 20 tahun.
Mansour, sebelum ini merupakan timbalan yang dipercayai Omar, mengambil tempat sebagai Ketua Taliban yang ketika ini diancam oleh kebangkitan kumpulan Negara Islam (IS) Timur Tengah.
"Selepas kematian (Omar) majlis kepimpinan dan ulama Islam di negara ini melantik kawan rapat yang dipercayai beliau dan bekas timbalannya Mullah Akhtar Mansour sebagai pemimpin.
"Apabila Mullah Omar masih hidup, Mullah Mansour dianggap sebagai orang yang boleh dipercayai dan sesuai untuk mengambil tanggungjawab yang berat ini,” kata Taliban dalam satu kenyataan dalam bahasa Pashto yang dicatatkan dalam laman web rasmi mereka.
Taliban pada Khamis berkata Omar meninggal dunia akibat "penyakit misteri" namun tidak menyatakan tarikh sebenar beliau meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#Haibatullah Akhundzada
#Mullah Akhtar Mansour
#Sirajuddin Haqqani
#Taliban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan