awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taliban perluas penguasaan, AS, negara Eropah tarik keluar anggota dari Kabul

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
14/08/2021
20:45 MYT
Taliban perluas penguasaan, AS, negara Eropah tarik keluar anggota dari Kabul
Keluarga gelandangan dari wilayah utara, yang melarikan diri dari rumah kerana pertempuran antara pasukan keselamatan Taliban dan Afghanistan, berlindung di taman awam di Kabul, 10 Ogos, 2021.- REUTERS
TALIBAN Afghanistan mengukuhkan penguasaan di sekitar Kabul ketika pelarian dari serangan pemberontak membanjiri ibu kota dan Marin Amerika Syarikat (AS) kembali untuk menyelia pemindahan tenteranya.
Taliban sebelum ini menguasai bandar kedua dan ketiga terbesar di negara itu hingga Kabul pada dasarnya telah terkepung dan merupakan pertahanan terakhir tentera kerajaan.
Pemberontak kini berkhemah sejauh 50 kilometer dari Kabul, menyebabkan AS dan negara-negara lain berebut untuk membawa keluar warga negara mereka dari bandar itu menjelang serangan yang dijangka tidak lama lagi.
Presiden AS Joe Biden berkata pada Sabtu, beliau telah meluluskan pasukan tentera tambahan untuk pergi ke Kabul bagi membawa keluar anggota dari kedutaan Amerika dengan selamat.
"Berdasarkan cadangan pasukan diplomatik, ketenteraan dan perisikan kami, saya telah membenarkan penempatan kira-kira 5,000 tentera AS untuk memastikan kita dapat menarik keluar kakitangan AS dan anggota sekutu yang lain secara teratur dan selamat," katanya.
Ia juga akan memindahkan beberapa warga Afghanistan melalui satu program visa khusus.
Kakitangan Kedutaan AS turut mengarahkan pembakaran dan pemusnahan bahan sensitif, ketika 3,000 tentera Amerika dari unit penempatan semula yang dirancang mulai tiba untuk memantau lapangan terbang dan mengawasi perpindahan.
BACA: Konflik Afghanistan: Taliban tawan lebih banyak bandar, Kabul dijangka dalam beberapa hari
Sementara itu, kedutaan dari negara Eropah termasuk Britain, Jerman, Denmark dan Sepanyol turut mengumumkan penarikan kakitangan dari kedutaan masing-masing, pada Jumaat.
Bagi penduduk Kabul, suasana getir membuatkan mereka kebingungan dan ketakutan terhadap kemungkinan perkara yang akan terjadi.
"Keadaan keselamatan di bandar semakin buruk. Sebagai orang muda, yang telah tinggal di sini selama 18 tahun, saya mahukan keamanan dan kestabilan, pertempuran harus dihentikan," ujar Kawa Basharat penduduk di Mazar-e-Sharif.
BACA: Konflik Afghanistan: Kanada rancang terima 20,000 rakyat Afghan paling rentan
Menurut seorang peniaga tempatan, Mohibullah Khan, keadaan sangat bahaya hingga menjejaskan pendapatan hariannya.
"Situasinya berbahaya di luar kota dan di dalam kota. Perniagaan tidak dapat diteruskan hingga tidak mampu untuk memperoleh 100 Afghani sehari (ASD1.28)," ujarnya.
BACA: Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani janji ikhtiar cari jalan penyelesaian terbaik
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, berkata beliau terkesan dengan kisah perlakuan buruk terhadap wanita di kawasan-kawasan yang dirampas Taliban.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#AS
#Britain
#Denmark
#Jerman
#PBB
#pelarian
#Taliban
#peniaga
#tentera
#Joe Biden
#kedutaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan