awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Afghanistan: Taliban tawan lebih banyak bandar, Kabul dijangka dalam beberapa hari

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2021
00:58 MYT
Konflik Afghanistan: Taliban tawan lebih banyak bandar, Kabul dijangka dalam beberapa hari
Kenderaan tentera dan polis Afghanistan diparkir di pangkalan tentera di Kandahar, ketika pertempuran antara Taliban dan anggota keselamatan Afghanistan di wilayah itu, yang terletak di barat daya Kabul, 13 Ogos, 2021. (Foto AP)
TALIBAN telah merampas bandar kedua dan ketiga terbesar di Afghanistan.
Anggota keselamatan kerajaan gagal mempertahankan bandar-bandar tersebut, meningkatkan kebimbangan ibu kota Kabul akan turut diserang dalam masa beberapa hari sahaja lagi.
Seorang pegawai kerajaan mengesahkan pada Jumaat, Kandahar, pusat ekonomi yang terletak di selatan, berada di bawah kawalan Taliban ketika pasukan antarabangsa dipimpin Amerika Syarikat selesai menarik diri selepas 20 tahun berperang.
Herat di barat Afghanistan juga jatuh ke tangan Taliban.
Anggota dewan wilayah tersebut, Habib Hashimi berkata, Herat kini sunyi seperti bandar hantu apabila keluarga melarikan diri atau meninggalkan kediaman mereka.
Seorang pegawai pertahanan Amerika Syarikat melahirkan kebimbangan Taliban akan bergerak ke Kabul dan menawan ibu kota itu dalam masa beberapa hari lagi.
Letupan dan serangan meningkatkan masalah sosial, sekali gus menjadikan isu pelarian dan hak asasi manusia satu bebanan di negara Asia Selatan itu.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Afghanistan
#letupan
#Joe Biden
#Iran
#ekonomi
#Britain
#New York
#pelarian
#Taliban
#Vietnam
#Washington
#Asia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan