awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konsert Legacy 30 terus hangat diperkatakan, Siti Nurhaliza kekal berjiwa besar terima kritikan
Suami rayu kerajaan percepat usaha diplomatik jejaki Nadia Kesuma
Mangsa banjir di Sarawak terus berkurang

Taman Negara Kruger ditutup, banjir maut landa utara Afrika Selatan

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2026
23:40 MYT
Taman Negara Kruger ditutup, banjir maut landa utara Afrika Selatan
Papan tanda bertulis “jalan ditutup” dipasang susulan hujan lebat di Taman Negara Kruger, Mpumalanga, Afrika Selatan. - Foto REUTERS
JOHANNESBURG: Banjir besar di wilayah utara Limpopo dan Mpumalanga memaksa Taman Negara Kruger menghentikan lawatan pelancong serta memindahkan sebahagian tetamu dan kakitangan menggunakan helikopter.
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas hujan lebat berterusan mencetuskan banjir yang merosakkan ribuan rumah, malah ada yang dihanyutkan sepenuhnya.
Antara mangsa ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di bandar Giyani, Limpopo.
Presiden Cyril Ramaphosa bertemu keluarga kanak-kanak tersebut bagi menyampaikan ucapan takziah ketika melawat kawasan terjejas untuk menilai tahap kerosakan.
Perkhidmatan Cuaca Afrika Selatan mengeluarkan amaran merah tahap 10, meramalkan hujan berterusan di kawasan terjejas serta menasihatkan komuniti supaya sentiasa berwaspada.
Orang ramai diminta kekal di dalam rumah jika boleh, mengelakkan jalan raya yang ditenggelami air, dan segera mencari kawasan lebih tinggi jika kenderaan terhenti akibat banjir.
Penduduk turut dinasihatkan memindahkan barangan berharga ke tempat selamat melebihi paras banjir dijangka, menutup bekalan elektrik di punca utama, serta memindahkan ternakan ke kawasan lebih tinggi.
Pihak renjer berkata hidupan liar di taman negara tidak dianggap berisiko tinggi kerana haiwan biasanya secara naluri akan bergerak ke kawasan lebih tinggi apabila perlu.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, helikopter dan pasukan tentera dikerahkan bagi menyelamatkan penduduk di kawasan paling teruk terjejas.
Tentera juga membantu membina semula jalan raya dan jambatan rendah yang musnah di Limpopo, sementara banyak sekolah dan klinik kesihatan dilaporkan masih rosak atau tidak dapat diakses.
Gabenor Limpopo, Phophi Ramathuba, berkata kerajaan wilayah memperuntukkan 4 bilion rand (RM988 juta) untuk memulihkan infrastruktur kritikal termasuk bekalan elektrik dan air bersih, sambil memohon dana tambahan daripada kerajaan pusat berikutan skala kerosakan yang besar.
Menurut laporan Reuters, kejadian banjir di Afrika tenggara semakin kerap dan teruk apabila perubahan iklim menjadikan ribut di Lautan Hindi bersebelahan lebih kuat.
Topic Berkaitan
#banjir
#Taman Negara Kruger
#hujan lebat
#amaran merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.