NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres berkata pada Selasa sebanyak 11 bilion dos vaksin COVID-19 diperlukan untuk kegunaan 70 peratus penduduk dunia bagi menamatkan pandemik, lapor agensi berita Xinhua.
"Dana dan ikrar sumbangan vaksin dialu-alukan - tetapi masih tidak mencukupi. Kita perlu sekurang-kurangnya 11 bilion dos untuk menjayakan kempen vaksinasi sekali gus mengakhiri pandemik ini.
"Setiap individu walau di mana jua berada harus mempunyai akses kepada vaksin, ujian, rawatan dan bantuan COVID-19.
"Pembangunan dan pemberian vaksin melalui mekanisme ekuiti global, ACT-Accelerator serta kemudahan COVAX, memberi sedikit sinar harapan," katanya pada pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Forum Politik Peringkat Tinggi mengenai Pembangunan Mampan.
Mengulas mengenai "ketidaksamaan akses" vaksin yang berlaku di seluruh dunia, Setiausaha Agung itu berkata "jurang vaksinasi global mengancam semua" kerana virus tersebut terus bermutasi, menjadikannya lebih ganas dan membahayakan nyawa.
"Dunia memerlukan Rancangan Vaksinasi Global, sekurang-kurangnya dalam menggandakan pengeluaran vaksin, memastikan agihan yang adil melalui COVAX, menyelaras pelaksanaan dan pembiayaan, serta menyokong program imunisasi kebangsaan.
"Bagi merealisasikan rancangan ini, saya telah meminta Pasukan Petugas Kecemasan untuk menghimpun negara yang menghasilkan dan dapat menghasilkan vaksin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, ACT-Accelerator dan institusi kewangan antarabangsa, untuk berurusan dengan syarikat farmaseutikal dan pengeluar, termasuk pihak berkepentingan lain.
Justeru katanya, demi menamatkan pandemik dan memulihkan dunia adalah penting untuk membiayai sepenuhnya ACT-Accelerator dan mendukung pelan hala tuju pelaburan AS$50 bilion yang diketuai Dana Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia, Pertubuhan Kesihatan Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021
Menurut Guterres, setiap individu walau di mana jua berada harus mempunyai akses kepada vaksin, ujian, rawatan dan bantuan COVID-19. - Reuters
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.