awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Trump akan hantar surat maklumkan kadar tarif kepada negara terlibat
MALAYSIA
Rusia setuju terus kerjasama tingkat keupayaan Malaysia bangunkan teknologi nuklear - TPM Fadillah
DUNIA
Pesawat American Airlines mendarat cemas, api sambar enjin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

AS tamatkan perlindungan undang-undang sementara untuk lebih 50,000 warga Haiti

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2025
00:15 MYT
Sponsor Banner
AS tamatkan perlindungan undang-undang sementara untuk lebih 50,000 warga Haiti
Lebih sedekad sejak gempa bumi 2010 di Haiti, pemegang Status Perlindungan Sementara (TPS) warga Haiti telah tinggal dan bekerja secara sah di Amerika Syarikat. - Foto X/Lunionsuite
WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump pada Jumaat mengumumkan penamatan program perlindungan sementara (Temporary Protected Status - TPS) bagi lebih 520,000 rakyat Haiti yang menetap di Amerika Syarikat (AS) sejak lebih sedekad lalu.

Ringkasan AI
  • Pentadbiran Trump menamatkan program TPS bagi lebih 520,000 warga Haiti, dengan alasan keadaan di Haiti telah pulih dari bencana.
  • Penamatan ini berisiko menyebabkan penghantaran pulang besar-besaran, meskipun Haiti masih bergelut dengan keganasan dan krisis kemanusiaan.
  • Tindakan itu dikecam pertubuhan hak asasi dan dianggap sebahagian daripada dasar imigresen lebih ketat oleh pentadbiran Trump.

Menurut kenyataan rasmi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS), keputusan itu dibuat selepas menilai keadaan semasa di Haiti yang didakwa telah “cukup pulih” daripada bencana alam yang melanda negara tersebut sebelum ini.
Dengan penamatan TPS ini, ribuan warga Haiti berdepan risiko dihantar pulang, khususnya mereka yang tidak mempunyai laluan undang-undang lain untuk terus menetap.
Program TPS diperkenalkan selepas gempa bumi besar yang melanda Haiti pada 2010, membolehkan rakyat negara itu tinggal dan bekerja secara sah di AS sementara situasi di tanah air mereka dipulihkan.
Beberapa kumpulan hak asasi dan pertubuhan imigran mengecam keputusan tersebut, menyifatkannya sebagai tergesa-gesa dan tidak mengambil kira realiti semasa di Haiti yang masih berdepan pergolakan politik, keganasan geng, dan krisis kemanusiaan.
"Ini bukan soal status imigresen semata-mata, tetapi tentang kehidupan sebenar mereka yang telah membina keluarga dan masa depan di sini," ujar seorang peguam hak imigran di New York.
Sementara itu, Jabatan Negara AS masih mengeluarkan nasihat perjalanan agar rakyatnya tidak mengunjungi Haiti atas faktor keselamatan.
Penamatan TPS ini dilihat sebagai sebahagian daripada siri dasar imigresen pentadbiran Trump, termasuk penarikan semula kemasukan bersyarat kemanusiaan kepada warga Haiti dan Venezuela awal tahun ini. Mahkamah Agung AS baru-baru ini turut menyokong kuasa kerajaan untuk menamatkan perlindungan tersebut.
Jurucakap DHS berkata keputusan itu dibuat bagi “mengembalikan maksud asal perlindungan bersifat sementara” dalam sistem imigresen negara itu.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#program perlindungan sementara
#Haiti
#TPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami