awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah mendap depan hospital Bangkok, lebih 3,500 pesakit dipindahkan

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2025
04:50 MYT
Tanah mendap depan hospital Bangkok, lebih 3,500 pesakit dipindahkan
Tanah mendap sedalam 50 meter dan bersaiz 30x30 meter berlaku di hadapan Hospital Vajira, Bangkok, menyebabkan lebih 3,500 pesakit dipindahkan dan perkhidmatan terganggu. -Foto agensi
BANGKOK: Sebuah lubang besar pada kedalaman kira-kira 50 meter dikesan di hadapan sebuah hospital di daerah Dusit, Thailand pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Tanah mendap sedalam 50 meter dan bersaiz 30x30 meter berlaku di hadapan Hospital Vajira, Bangkok, menyebabkan lebih 3,500 pesakit dipindahkan dan perkhidmatan terganggu.
  • Dua tiang elektrik dan sebuah kenderaan polis terperangkap dalam lubang, manakala penduduk sekitar turut diarahkan berpindah demi keselamatan.
  • Laluan trafik utama ditutup sepenuhnya, siasatan sedang dijalankan dan kaitan dengan projek sambungan MRT Laluan Ungu masih belum disahkan.

Menurut laporan media tempatan, insiden berlaku jam 7.13 pagi waktu tempatan apabila tanah mendap berukuran 30 meter lebar dan 30 meter panjang itu terbentuk di hadapan Hospital Vajira di Jalan Samsen.
Walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, lebih 3,500 pesakit terpaksa dipindahkan dari bangunan berhampiran sebagai langkah berjaga-jaga.
Perkhidmatan pesakit luar hospital digantung sementara, manakala dua tiang elektrik dan sebuah kenderaan polis dilaporkan terperangkap dalam lubang tersebut.
Penduduk di beberapa pangsapuri berdekatan turut diarahkan berpindah demi keselamatan.
Laluan trafik antara simpang Vajira dan Sanghi ditutup sepenuhnya, menyebabkan kesesakan teruk di sekitar Jambatan Krung Thon.
Pihak Metropolitan Electricity Authority (MEA) dan pasukan penyelamat digerakkan ke lokasi bagi menstabilkan kawasan dan memulihkan aliran trafik.
Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt, turut turun padang menilai kerosakan dan mengarahkan siasatan segera terhadap punca kejadian.
Kawasan tersebut sebelum ini merupakan tapak pembinaan sambungan MRT Laluan Ungu, namun pihak berkuasa belum mengesahkan kaitan antara kerja pembinaan dan insiden tanah mendap.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#tanah mendap
#Hospital Vajira
#MRT
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan