Skip to main content

Dunia

Tanah runtuh di Alaska: Enam mangsa hilang, 30 penduduk dipindahkan

61607006439_AlaskaLandslides.jpg
SEKURANG-kurangnya enam individu dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di kawasan kejiranan di komuniti Alaska tenggara, Haines.

Menurut pihak berkuasa, tanah runtuh tersebut berpunca dari hujan lebat yang berterusan, menyaksikan sekurang-kurangnya empat rumah ditimbus dan merosakkan beberapa yang lain.

Usaha mencari dan menyelamat dihentikan pada Rabu malam ketika hujan terus melanda kawasan itu dan amaran banjir kilat berlaku hingga akhir Rabu.

Datuk Bandar Haines, Douglas Olerud memberitahu, usaha pencarian dilanjutkan pada pagi Khamis pagi dengan tambahan bantuan daripada kerajaan.

Mangsa hilang dilaporkan tinggal di kawasan Beach Road, yang mengalami runtuhan terbesar.

Selain itu, kira-kira 30 penduduk  dipindahkan ke pusat perlindungan sementara sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam pada itu, pengawal pantai turut mengerahkan pasukan dari pelabuhan lain di tenggara Alaska untuk membantu.

Advertisement

Must Watch Video