awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tanah runtuh Wayanad: Pasukan penyelamat teruskan operasi cari mangsa

Agensi
Agensi
31/07/2024
06:37 MYT
Tanah runtuh Wayanad: Pasukan penyelamat teruskan operasi cari mangsa
Pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari mangsa terperangkap di bawah runtuhan sehari selepas kejadian gempa bumi di Wayanad, Kerala, India pada Rabu. - Foto Reuters
KERALA: Pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan sehari selepas kejadian gempa bumi di Wayanad, Kerala, India pada Rabu.
Salah seorang pasukan penyelamat memaklumkan sekurang-kurangnya 151 orang terbunuh dan ramai yang dikhuatiri masih hilang.
Pasukan Respon Bencana India, Akhilesh Kumar memaklumkan pihaknya akan bergerak ke perkampungan Mundakkai untuk meneruskan operasi mencari mangsa.
"Kami akan menyambung kerja menyelamat dalam masa 10 minit akan datang. Pasukan kami akan ke kampung Mundakkai di seberang sungai Chaliyar dari tempat mangsa yang cedera diselamatkan semalam.
"Kami bimbang lebih ramai orang terperangkap dalam bangunan dan rumah yang runtuh dan kami sedang berusaha untuk menyelamatkan mereka," katanya.
Hujan lebat di salah satu destinasi pelancongan paling menarik di India menyebabkan kejadian tanah runtuh di sebuah lereng bukit sekali gus menjadi bencana terburuk di negeri itu sejak banjir maut pada 2018.
Sebahagian besar daripada 350 keluarga yang tinggal di kawasan tersebut tidak menyedari insiden yang berlaku pada Selasa pagi.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#pasukan penyelamat
#gempa bumi
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan