awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS tangguh perkembangan rancangan damai Ukraine, ambil kira pendapat NATO

Bernama
Bernama
11/02/2025
09:35 MYT
AS tangguh perkembangan rancangan damai Ukraine, ambil kira pendapat NATO
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menangguhkan perkembangan rancangan untuk menyelesaikan konflik Ukraine. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menangguhkan perkembangan rancangan untuk menyelesaikan konflik Ukraine bagi mengambil kira pendapat sekutu-sekutu Eropah, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menurut akhbar The Telegraph pada Isnin, Utusan Khas AS untuk Ukraine, Keith Kellogg berjanji untuk mengadakan rundingan dengan sekutu NATO sebelum memuktamadkan rancangan itu, sambil menambah bahawa beliau akan mendapatkan pandangan mengenai bentuk rancangan dan sumbangan yang boleh diberikan oleh kerajaan-kerajaan lain dalam proses damai.
Selain itu, Kellogg dilaporkan memberi jaminan kepada rakan kongsi Eropah bahawa AS ingin mengukuhkan kedudukan Ukraine dalam sebarang rundingan dengan Rusia.
Pada 6 Feb, Kellogg menafikan laporan media yang menyatakan beliau akan membentangkan rancangan penyelesaian konflik Ukraine pada persidangan Munich yang dijadualkan pada 14-16 Feb.
Beliau menambah bahawa hanya presiden AS boleh membentangkan rancangan itu. Bagaimanapun, pada Isnin, Bloomberg melaporkan bahawa Kellogg akan membentangkan rancangan itu dalam beberapa minggu akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#konflik Rusia-Ukraine
#NATO
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan