awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tanggungjawab besar," kata Luxon selepas angkat sumpah sebagai Perdana Menteri New Zealand

Bernama
Bernama
27/11/2023
12:14 MYT
"Tanggungjawab besar," kata Luxon selepas angkat sumpah sebagai Perdana Menteri New Zealand
Luxon akan mengetuai kerajaan dengan 20 anggota Kabinet, lapan menteri di luar Kabinet dan dua setiausaha rendah Parlimen. - Gambar Mark Mitchell/NZ Herald via AP
ISTANBUL: Christopher Luxon pada Isnin secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri New Zealand yang ke-42.
Pemimpin itu mengetuai gabungan tiga parti iaitu National Party, Parti New Zealand First dan parti ACT New Zealand, selepas parti pimpinannya National Party hanya memenangi 48 daripada 122 kerusi dalam pilihan raya, lapor Agensi Anadolu.
"Ia merupakan suatu penghormatan, keistimewaan dan tanggungjawab yang besar," kata Luxon selepas mengangkat sumpah di hadapan Gabenor Jeneral Dame Cindy Kiro.
Luxon akan mengetuai kerajaan dengan 20 anggota Kabinet, lapan menteri di luar Kabinet dan dua setiausaha rendah Parlimen.
Winston Peters daripada parti New Zealand First dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri luar untuk tempoh separuh daripada penggal Parlimen sehingga Mei 2025.
National Party memenangi 48 daripada 122 kerusi dalam pilihan raya umum pada Oktober namun memerlukan sokongan ACT New Zealand yang memenangi 11 kerusi, dan New Zealand First dengan lapan kerusi untuk membentuk kerajaan.
Parti Buruh New Zealand yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Chris Hipkins memenangi 34 kerusi, Green Party 15 kerusi, dan Te Pati Maori mendapat enam kerusi.
Selepas berminggu-minggu tertangguh, ketiga-tiga parti itu mengumumkan persetujuan untuk membentuk kerajaan baharu pada Jumaat lepas.
Hipkins meletak jawatan pada pagi Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mengangkat sumpah
#pilihan raya umum
#Parti Buruh
#membentuk kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan