awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Ringgit dibuka rendah didorong langkah elak risiko tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS tangkap Maduro: Ini reaksi pemimpin dunia...

Agensi
Agensi
03/01/2026
22:30 MYT
AS tangkap Maduro: Ini reaksi pemimpin dunia...
Presiden Trump memuat naik gambar terbaharu Presiden Maduro yang diterbangkan ke Amerika Syarikat menerusi kapal perang USS Iwo Jima, pada Sabtu. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS)mengumumkan akan “mentadbir” Venezuela sehingga peralihan kuasa yang selamat dapat dilaksanakan, susulan penangkapan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores, dalam satu operasi ketenteraan berskala besar pada Sabtu.
Presiden AS, Donald Trump menyifatkan operasi itu sebagai “serangan yang tidak pernah dilihat sejak Perang Dunia Kedua” memuji ia sebagai “antara demonstrasi kuasa dan kecekapan Amerika paling menakjubkan dalam sejarah.”
Trump menjelaskan, operasi yang melibatkan kekuatan udara, darat dan laut AS itu berjaya tanpa korban jiwa atau kehilangan aset ketenteraan.
Beliau turut mengesahkan Maduro dan isterinya akan didakwa atas tuduhan pengedaran dadah dan keganasan narco di Mahkamah Daerah Selatan New York.
“Maduro tidak akan sekali-kali mampu mengancam keselamatan rakyat Amerika lagi,” tegas Trump, sambil menuduh bekas pemimpin Venezuela itu melancarkan “kempen keganasan dan subversi tanpa henti” terhadap AS serta mengaitkannya dengan penyeludupan dadah berskala besar.
Serangan udara yang membawa kepada penangkapan Maduro berlaku awal pagi Sabtu di Caracas mendapat perhatian daripada pemimpin di seluruh dunia.
Penangkapan Maduro oleh AS mencetuskan pelbagai reaksi antarabangsa.
Berikut reaksi antara pemimpin dunia berhubung tindakan AS ke atas Venezuela dan Presiden Maduro:
* Britain: Perdana Menteri Keir Starmer berkata, beliau akan terus berbincang dengan AS mengenai peralihan kepada demokrasi. “Kami menganggap Maduro sebagai Presiden tidak sah dan kami tidak bersedih dengan berakhirnya rejim beliau,” tulisnya di X.
* Perancis: Presiden Emmanuel Macron menyatakan Maduro telah “merosakkan maruah rakyatnya sendiri secara serius” dan berharap peralihan demokrasi dikendalikan oleh Edmundo González Urrutia, bekas calon Pilihan Raya Presiden 2024.
* Kesatuan Eropah: Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, menegaskan “sebarang penyelesaian mesti menghormati undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.”
* Brazil: Presiden Luiz Inacio Lula da Silva menyifatkan, serangan AS sebagai “penghinaan serius” terhadap kedaulatan Venezuela dan melangkaui “garis yang tidak boleh diterima.”
* Cuba dan Mexico: Kedua-dua negara mengecam keras serangan tersebut, dengan Cuba menyifatkannya sebagai “jenayah” dan Mexico mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan AS.
* Argentina: Presiden Javier Milei, sekutu rapat Trump, menyambut baik penangkapan Maduro dengan mesej ringkas di X: “Kebebasan mara! Hidup kebebasan!”
* China: Jurucakap Kementerian Luar China menyatakan Beijing “amat terkejut dan mengecam keras penggunaan kekerasan secara terang-terangan oleh AS terhadap sebuah negara berdaulat.”
Tindakan Trump mencetuskan persoalan mengenai asas undang-undang operasi tersebut, memandangkan AS tidak mengiktiraf bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Langkah ini juga berisiko mencetuskan bantahan Kongres dan kritikan daripada penyokong dasar “America First” yang menolak campur tangan ketenteraan luar negara.
Trump menegaskan armada tentera AS akan kekal di posisi sehingga semua tuntutan Washington dipenuhi sepenuhnya, sambil memberi amaran bahawa kejayaan operasi ini menjadi peringatan kepada mana-mana pihak yang cuba mengancam kedaulatan atau keselamatan rakyat Amerika. - Agensi
Topic Berkaitan
#AS tangkap Maduro
#pemimpin dunia
#AS serang Venezuela
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan