awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif Trump: Filipina tidak akan bertindak balas

Bernama
Bernama
09/04/2025
20:15 MYT
Tarif Trump: Filipina tidak akan bertindak balas
Pentadbiran Presiden Ferdinand Marcos Jr memilih pendekatan secara konstruktif dengan memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan hubungan perdagangan dengan AS. - Gambar fail AP
MANILA: Kerajaan Filipina tidak akan bertindak balas terhadap tarif 17 peratus yang dikenakan baru-baru ini ke atas barangan tempatan yang memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada langkah "Liberation Day" oleh Presiden Donald Trump, kata Setiausaha Perdagangan Filipina, Maria Cristina Roque lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Bercakap kepada pemberita di luar Pameran Makanan Kebangsaan di Mandaluyong City pada Rabu, Roque berkata, pentadbiran Presiden Ferdinand Marcos Jr memilih pendekatan secara konstruktif dengan memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan hubungan perdagangan dengan AS.
"Tidak, kami tidak merancang sebarang tindakan balas. Kami memilih untuk bergerak secara positif dan terus memperluas perdagangan antara negara kita dan AS," katanya.
Bank Pembangunan Asia sebelum ini memberi amaran tindakan balas oleh negara-negara membangun boleh mengurangkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) serantau sebanyak 0.1 mata peratusan masing-masing pada 2025 dan 2026.
Filipina, sebagai sebahagian daripada Asia membangun, turut berisiko terjejas sekiranya ketegangan perdagangan terus memuncak.
Pegawai perdagangan tertinggi negara itu dijadual menyertai mesyuarat maya Menteri Ekonomi ASEAN pada Khamis bagi membincangkan cara blok itu ke hadapan susulan arahan tarif baharu Trump yang berkuat kuasa pada 9 April.
"Kami mengadakan pertemuan pada Khamis bersama menteri-menteri ASEAN yang lain, dan kita akan lihat apa yang dapat dipersetujui di sana, serta bagaimana kita boleh bekerjasama sebagai ASEAN," tambah Roque.
Susulan mesyuarat peringkat Kabinet pada 8 April, pasukan ekonomi negara itu bersetuju untuk terlebih dahulu mendengar pendirian negara anggota ASEAN yang lain sebelum memuktamadkan pendirian Filipina.
Roque turut mencadangkan kemungkinan untuk menurunkan tarif ke atas import AS sebagai isyarat niat baik, dengan harapan Washington akan mempertimbangkan semula keputusannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tarif Trump
#Filipina
#Presiden Ferdinand Marcos Jr
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan