awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia

Bernama
Bernama
05/11/2024
07:00 MYT
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Marcos Jr menyatakan penghargaannya semasa berbual dengan Anwar, sambil menekankan impak besar sokongan Malaysia kepada komuniti yang terjejas. - Gambar/ FB Presidential Communications Office
KUALA LUMPUR: Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Dalam catatan di hantaran Facebooknya, Presiden menyatakan penghargaannya semasa berbual dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan menekankan impak besar sokongan Malaysia kepada komuniti yang terjejas.
"Hari ini, saya berbual dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada beliau dan rakyat Malaysia atas bantuan yang tidak ternilai selepas Taufan Kristine," menurut hantaran itu.
Beliau mengakui bahawa sokongan udara yang disediakan oleh Malaysia memainkan peranan penting dalam mencapai kawasan yang terjejas teruk akibat banjir, memastikan bantuan dapat disalurkan kepada keluarga yang terputus hubungan.
Ucapan Presiden itu turut mencerminkan solidariti dalam kalangan komuniti ASEAN, dengan menyatakan bahawa sokongan bersama dalam krisis seperti ini mengukuhkan hubungan serantau.
"Di saat kami berduka atas kehilangan nyawa, amat mengharukan melihat rakan-rakan di ASEAN memberikan sokongan ketika kami sangat memerlukan. Solidariti seperti inilah yang menguatkan rantau kita," katanya.
Presiden Marcos Jr mengakhiri catatannya dengan ucapan penghargaan dalam bahasa Melayu, yang berbunyi, "Terima kasih, Malaysia."
Taufan Kristine yang melanda Filipina akhir minggu lalu menyebabkan kemusnahan meluas dan menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air.
Tindakan pantas dan respons terkoordinasi dari negara jiran ASEAN, khususnya Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha bantuan yang berterusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Filipina
#taufan kristine
#Ferdinand Romualdez Marcos Jr
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan