Skip to main content

Dunia

Taufan Noul dijangka landa Guangdong malam ini, lebih 20,000 penduduk dipindahkan

One of the world’s busiest coastlines is about to find out where this storm is really going.  Typhoon Noul continues strengthening over the South China Sea as it tracks toward southern China. Hong Kong is expected to see increasing winds, torrential rain, dangerous surf, and the threat of flooding as the system moves closer.
Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) mengekalkan amaran jingga, iaitu tahap kedua tertinggi dalam sistem amaran empat peringkat negara itu, selepas meramalkan taufan berkenaan membawa angin kencang serta hujan lebat. -Gambar X
Advertisement

GUANGDONG: Pihak berkuasa China memindahkan lebih 20,000 penduduk serta menggantung sebahagian operasi pengangkutan awam di wilayah selatan negara itu sebagai persediaan menghadapi Taufan Noul.

Pusat Meteorologi Kebangsaan (NMC) mengekalkan amaran jingga, iaitu tahap kedua tertinggi dalam sistem amaran empat peringkat negara itu, selepas meramalkan taufan berkenaan membawa angin kencang serta hujan lebat.

Noul, taufan ke-12 tahun ini, dijangka melanda kawasan pesisir Guangdong antara malam Sabtu dan awal pagi Ahad sebelum bergerak ke utara dan beransur lemah.

Sebagai langkah keselamatan, pihak berkuasa rel mengumumkan penggantungan berperingkat perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi dan kereta api konvensional di beberapa kawasan yang dijangka terjejas oleh taufan.

Selain itu, laluan feri penumpang di kawasan pesisir termasuk Zhuhai turut dihentikan, manakala ribuan pekerja luar pesisir dan nelayan diarahkan kembali ke lokasi perlindungan yang selamat.

Menurut laporan CCTV, seramai 20,596 penduduk di kawasan berisiko tinggi telah dipindahkan, manakala sesi pembelajaran bersemuka di tadika, taska dan sekolah di beberapa bandar termasuk Chaozhou, Jieyang dan Shantou turut digantung sebagai langkah berjaga-jaga.
 

Must Watch Video

Advertisement