awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Oscar, ribut tropika Nadine ancam Bahamas, Cuba, Mexico

Bernama
Bernama
20/10/2024
03:20 MYT
Taufan Oscar, ribut tropika Nadine ancam Bahamas, Cuba, Mexico
Kerajaan Bahamas mengeluarkan amaran taufan untuk Kepulauan Turks dan Caicos serta kawasan tenggara Bahamas. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Dua ribut tropika baharu dinamakan pada Sabtu dan satu daripadanya berubah menjadi taufan ketika musim ribut 2024 terus melanda Atlantik, Caribbean dan Teluk Mexico, lapor United Press International (UPI).
Oscar dinamakan sebagai ribut tropika pada awal pagi Sabtu dan menjelang tengah hari bertukar kepada taufan dengan kelajuan maksimum 80 mph, menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC).
Taufan Oscar bergerak ke arah barat pada kelajuan 12 mph dan terletak kira-kira 160 batu di timur-tenggara Bahamas.
Kerajaan Bahamas mengeluarkan amaran taufan untuk Kepulauan Turks dan Caicos serta kawasan tenggara Bahamas.
Sementara itu, kerajaan Cuba mengeluarkan amaran berjaga-jaga untuk wilayah Guantanamo, Holguin dan Las Tunas.
Agensi itu turut menjejaki Ribut Tropika Nadine, yang terletak 20 batu di barat laut Belize City dan 65 batu di barat daya Chetumal, Mexico, setakat 2 petang waktu tempatan.
Nadine berkelajuan maksimum 50 mph dan sedang bergerak ke arah barat pada kelajuan lapan mph.
Nadine berpotensi menyebabkan banjir kilat dan mencetuskan amaran ribut di sepanjang sebahagian pantai Belize dan Semenanjung Yucatan, Mexico.
Setakat ini, 13 ribut direkodkan dengan sembilan daripadanya berkembang menjadi taufan.
Taufan Helene yang melanda pada 26 Sept, menyebabkan kemusnahan dan kematian yang meluas di sebahagian besar tenggara Amerika Syarikat manakala Milton pada 9 Okt merentasi Florida dari barat ke timur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taufan Oscar
#Nadine
#musim ribut
#amaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan