CAGAYAN DE ORO: Kira-kira 100,000 penduduk diarah meninggalkan kediaman masing-masing ketika Taufan Rai membadai Filipina pada Khamis.

Peramal cuaca melaporkan, taufan itu bergerak kencang dengan kelajuan sehingga 185 kilometer sejam.

Kesesakan di pusat pemindahan melahirkan kegusaran kepada pihak berkuasa susulan varian Omicron pertama yang dikesan sebelum ini.

Taufan yang dipanggil Odette oleh penduduk tempatan, dilaporkan turut membawa hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir.

Taufan itu menyebabkan sejumlah penerbangan dibatalkan dan puluhan pelabuhan ditutup sementara waktu.