awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taufan Rai bakal melanda, pihak berkuasa Filipina mula pindahkan penduduk

Bernama
Bernama
16/12/2021
14:16 MYT
Taufan Rai bakal melanda, pihak berkuasa Filipina mula pindahkan penduduk
Pihak berkuasa wilayah tenggara Caraga terpaksa melakukan pemindahan awal di kawasan berisiko tinggi ketika Taufan Rai bertambah kuat dan dijangka sampai ke daratan lebih awal. - Foto AP
MOSCOW: Pihak berkuasa wilayah tenggara Caraga terpaksa melakukan pemindahan awal di kawasan berisiko tinggi ketika Taufan Rai bertambah kuat dan dijangka sampai ke daratan lebih awal, kata Naib Gabenor Nilo Demerey Jr pada Rabu.
"Pemindahan penduduk di kawasan banjir dan tanah runtuh sudah bermula di bandar yang berbeza. Kami sedang memantau pemindahan awal itu," lapor Sputnik memetik kenyataan Demerey kepada Agensi Berita Filipina.
Taufan Rai, yang digelar Odette di Filipina, diiringi tiupan angin kencang yang mencecah sehingga 160 km sejam. Meskipun Rai tidak sekuat taufan sebelum ini, namun ia berisiko menyebabkan tanah runtuh akibat hujan ribut.
Naib gabenor menambah bahawa angka keseluruhan isi rumah yang dipindahkan masih belum diketahui.
Berikutan Odette dan monsun timur laut, amaran angin ribut kekal berkuat kuasa di wilayah yang dijangka paling kuat terjejas iaitu tenggara Samar, Leyte, Bohol dan Kepulauan Camotes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taufan Rai
#Filipina
#Caraga
#Nilo Demerey Jr
#Odette
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan